Fizzi Zain's Faith
  • Laman Utama
  • Hubungi Saya
Home Archive for 2015

Guys.. kita perlu faham dengan perempuan kalau nak hubungan kekal lama. Kalau kita tak faham dengan perempuan, macam mana dia nak faham dengan kita kan? So, Mr.Kijang sediakan 10 perkataan yang selalu keluar dari mulut kaum hawa.

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam (sejam pun ada). Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH!
(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

K LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki.

'OKAY LAH'
bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
Minggu ni Mr.Kijang ada terima tempahan untuk menyiapkan beberapa buah buku untuk budak tadika daripada Unikids Kota Bharu.. Ye! agak memenatkan.



Penat pun xpe, as a designer la kan.. kena penuhi permintaan pelanggan. Ganbattene! Caiyok! Fighting!
                                      
Tiada ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Minggu ini Mr.Kijang ingin berkongsi tip disaat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:


1. Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.


2. Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”


3. Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.


4. Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”


5. Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”


6. Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”


7. Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”


8. Hanya menemani
“Maaf, saya dah makan kat rumah tadi, saya teman awak je ok?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.


9. SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS je, pasti lebih murah dan berbaloi.”


10. Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.”



Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.
Dalam hidup ini sememangnya penuh dengan pancaroba tetapi tanpa kita sedari masih ada orang yang mencintai kita. Mr.Kijang akan terangkan ciri-ciri orang yang mencintai anda.

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bagi dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin demam,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi anda sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?


Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Cinta ini menggelishkan aku..
membuat aku gila..
andai kita terpiasah..
mati rasa-rasa ku..

(Lagu tema dari Dirly-Sampai ke Ujung Dunia.. fuhh.. Mr.Kijang mengelamun)

SELAMA ini Anda menganggap semua wanita sama dan tidak ada yang special. Padahal, satu di antara mereka pastilah ada yang sedang berusaha menambat hati Anda.

Berikut merupakan beberapa tanda wanita itu menggoda lelaki:

Dia mulai mendekati Anda
Panggilan mesra merupakan teknik awal yang sering kali dilakukan wanita mendekati lelaki. Setelah itu, wanita menghampiri Anda. Sesekali dia mencuri perhatian dengan memainkan rambut indahnya.


Kontak mata
Lelaki yang berani menatap kedua bola mata wanita saat berkomunikasi merupakan ciri-ciri lelaki idaman. Oleh karena itu, wanita pun tak malu lagi menarik hati si dia dengan berbagai cara.

Sentuhan
Wanita yang mulai memberikan sentuhan kepada Anda, berarti dia siap memberikan kehangatan. Anda pun tinggal mengamati seberapa besar aksi wanita tersebut.

Mempelajari mimik tubuh Anda
Wanita yang rajin memperhatikan bahasa tubuh Anda dengan tatapan tajam, berarti ingin mengajak Anda ke tahap yang lebih serius. Misalnya, memerhatikan cara Anda memegang makan dan minum di kafe.

Menjauhkan diri daripada lelaki lain
Umumnya, wanita yang sedang tergoda dengan seorang lelaki akan menutup hatinya untuk orang lain. Di matanya, hanya Andalah yang berhasil mencuri hatinya.

Ekspos bahagian bibir
Wanita yang sedang jatuh cinta berusaha menarik perhatian targetnya. Wanita berusaha menarik perhatian dengan memoles bibirnya dengan lisptik merah menyala.

Senyum

Saat situasi tidak menyenangkan pun wanita tetap melempar senyum termanis di hadapan pria pujaan. Harapannya, Anda bisa jatuh dalam pelukannya.

Hai viewers! Dah makan? Tengah buat apa? Nak entry baru? Macam mana nak buat anak? Ehh… hahaha.. jangan risau ya, kali ini Mr.Kijang telah menyediakan Live Chat yang mana viewers boleh bertanya Mr.Kijang secara Live melalui chat yang telah disediakan. 


So, boleh la kita sembang-sembang berapi & jika nak kemukakan soalan or cadangan pun boleh, Mr.Kijang ni sporting orangnya! Cehh..



Semoga dapat memberi manfaat kepada semua ya? Seperti biasa, estetika untuk semua! Have a nice day!
Salam sejahtera kepada viewers semua, Laman Blog FZF ini sudah lama menyepi disebabkan oleh pengarang lama terlampau sibuk dengan urusan kerja (Maklum la nak kawin dah kan, kena kumpul duit banyak sikit).

Tetapi tidak perlu risau! Laman Blog FZF kembali dengan wajah yang baru, gaya yang baru, pengalaman yang baru tetapi masih berpegang dengan konsep yang asal. Menarik bukan?

Blog FZF yang pertama. Masih mentah dalam pembinaan Blog.
FZF berwajah baharu, yang ni merupakan update yang kedua. Bila dah siap, betul2 rasa puas hati. Tapi bila tengok balik, nampak kebudak-budakan la pulak. Tambahan lagi, banyak image yang telah dipadam oleh google but its ok, kita design muka blog FZF yang baharu!!
Walaaa! Muka Blog yang baharu! Logo FZF edisi kijang hitam. Sistem tab page dikecilan dan ditambah dengan search engine untuk memudahkan pembaca.



Posting page yang menarik dengan gambar-gambar flash dan biodata penulis blog beserta dengan pautan ke facebook, instagram dan lain-lain.



Area bawah blog FZF


 FZF juga telah berkolaborasi dengan admin baru iaitu Kijang Hitam, pendek kata Blog yang anda tatapi sekarang ini merupakan Blog Fizzi Zain’s Faith edisi Kijang Hitam!




Lastly kami memohon maaf kerana terlampau lama tidak post sebarang artikel. Kami juga mengalu-alukan kepada anda semua untuk terus setia bersama kami. TQ kepada Admin-admin FZF diatas sumbangan mereka dalam penghasilan artikel-artikel yang menarik. Teruskan bersama kami untuk info-info yang menarik.


Ehem, ehem… btw, my name is Mr.Kijang, nice to meet you! 
Subscribe to: Posts ( Atom )

PENULIS BLOG

Kijang hitam atau Fizzi Zain merupakan seorang freelancer dalam pelbagai bidang. Blog ini merupakan salah satu pentas untuk beliau berkongsi segala pengalaman beliau. Nice to meet you! Estetika untuk semua.








Chat Software

Throw Back!

  • ▼  2015 (7)
    • ▼  December (6)
      • 10 perkataan lazim kaum hawa
      • Minggu yang memenatkan
      • Tanda-Tanda Si Dia Pokai
      • 22 Ciri Orang Mencintai Anda
      • 7 Tanda Wanita Menggoda Lelaki
      • Hai viewers! Dah makan? Tengah buat apa? Nak entr...
    • ►  November (1)
      • Muka Baru Fizzi Zain’s Faith
  • ►  2013 (20)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (11)
  • ►  2012 (48)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (38)
  • ►  2011 (1)
    • ►  December (1)

HEBAHAN TERKINI

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!
  • Anti Kelantan Lagi
  • 60 tips cari Jodoh

Instagram



Menarik Untuk Semua

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Cara-cara Membina Motivasi Diri
  • 70 Mutiara Kata Cinta
  • Chopstik-chopstik Yang Kreatif..!!

Tutorial Untuk Semua

  • 7 Tips Beraya Ke Rumah kekasih
  • Tip-tips cemerlang untuk belajar sambil bekerja
  • Tips Keselamatan Ketika Berada Di Luar Negara
  • Cara memilih kamera digital dengan betul
  • Tips Tidur Lena
  • 4 Cara Mudah Untuk Awet Muda
  • 25 tips menguruskan berat badan
  • 50 Cara Memikat Lelaki
  • Petua Elak Mengantuk Ketika Memandu
  • Cara-cara Memegang Chopstik
  • 60 tips cari Jodoh
  • 15 Cara Unik Mengikat Tali Kasut
  • Petua Menjadi Ibubapa yang Cemerlang
  • 5 cara meramal cuaca
  • Panduan mengikut isteri pergi shopping
  • Tips Membeli Telifon Bimbit
  • 10 tips Menjadi suami soleh
  • Cara melipat baju dengan cepat
  • Tips Elak Trauma Kecewa
  • Tips memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang
  • Tips Memujuk Kekasih Wanita
  • 8 Tips Mengatasi Malas
  • Teknik-teknik Bersolek
  • Tips Nak Rambut Cepat Panjang
  • 14 Tips Menjaga Hati Sahabat
  • 8 tips Menolak Cinta Sahabat Baik
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!

Rahsia Untuk Semua

  • Rahsia Tahi Lalat
  • Rahsia Lelaki Mengikut Zodiak
  • Rahsia Cara Berjalan Wanita
  • Rahsia Kentut
  • Rahsia Bibir Wanita
  • Rahsia Tapak Tangan
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
  • Rahsia Perempuan.. Lelaki Wajib baca..!!
  • 5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA
  • Rahsia Tarikh Kelahiran Dengan Pasangan Ideal
  • Rahsia Huruf Pada Nama
  • Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
  • 10 Rahsia Lelaki
  • Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Bercakap

Dakwah Untuk Semua

  • Manusia Diberi Pilihan Untuk Mengubah Nasib Mereka
  • Kisah Anak Kecil dengan Hasan al-Basri
  • Tanda-Tanda Kiamat
Copyright Reserved by Fizzi Zain's Faith. Powered by Blogger.

Posting Terbaharu

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak

Penaja Rasmi FZF

Copyright 2014 Fizzi Zain's Faith.
Designed by OddThemes