Panduan mengikut isteri pergi shopping
1.
Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur,
barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan.
Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita
walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi
mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini
disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin
menghiburkannya kerana Allah Taala".
2.Kosongkan aktiviti kita
pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada
sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu
"kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50%
dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji
telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran..
Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan
kelewatan isteri 4 minit.
3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
4.
Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke kompleks membeli
belah..eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli,
apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika
kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan
terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu
jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England
sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih
melonjak keseronokannya.
5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk
tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di
pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai
lain.
6. Kalau dia meminta second opinion dengan kata-katanya,
"Pelik tak abang kain ni untuk saya?" berilah pandangan dengan kata-
kata, "Pada pandangan abang ......" Jangan terus kata, "OK" .. Lawa..
kemudian senyap. Ini menimbulkan rasa kecewa terhadap dirinya kerana anda seolah-olah tidak mengambil peduli tentangnya.
7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu
barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini
mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai
astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka.
Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan
kehendak mereka.
8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling
wanita-wanita lain yang sedang shopping. Bahaya! Dia nampak tau! Tapi kita
dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk
membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.
9. Bila tiba
dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi.
pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih
barangan itu.
10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian
luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai
itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik
kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang
merakam dan menyebar ke dalam internet! Demi keselamatan dan maruah!
siapa tahu kan?? Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang
romantisi lorong-
lorong komple
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment