14 Tips Menjaga Hati Sahabat
Kehadiran
sehabat karib di sisi boleh di anggap sebagai satu anugerah yang tidak
ternilai hebatnya. untuk memastikan hubungan persahabatan itu mampu
bertahan lama, kamu perlu bijak mengendalikannya. Salah satu cara yang
paling mudah adalah, membeli jiwa sahabat. Disini diberikan 14 tip
berkesan untuk membeli jiwa sahabat.
Adakah
anda gembira dengan artikel, informasi dan segalanya disini? Kami ingin
melihat perasaan anda mengenai laman blog ini. Pilih ikon perasaan anda
dengan Klik happy news O-meter di sebelah
1.
Pujipenampilannya, khususnya di hari-hati istimewa sahabat seperti di
hati jadinya atau ketika sahabat ingin melangkah ke sesuatu majlis
istimewa.
2. Ketika sahabat tidak menyedari, dandanan rambutnya tidak rapi, dengan spontan kamu bantu sahabat untuk merapikannya.
3. Temankan sahabat sewaktu si sahabat sedang sibuk berdandan untuk memenuhi temu janji pertamanya bersama si dia,
4.
Pujilah sahabat di depan kekasihnya, secara tidak langsung kekasih hati
sehabat kamu itu tahu tentang kelebihan taman wanitanya itu. Jadi,
kekasihnya akan bertambah sayang pada sahabat kamu itu. Sahabat pasti
akan lebih menghargai kamu.
5.
Ucapkan 'terima kasih' jika si sahabat menginap di rumah kamu. Tindakan
kamu itu secara tidak lang sung menggambarkan bahawa kamu cukup senang
dengan kehadirannya.
6. Bela dan pertahankanlah sahabat apabila anda rakan lain yang menyindur tentang kesalahannya di hadapan org ramai.
7.
Berikan komen positif jika si sahabat membeli sesuatu barang baru,
sahabat pasti gembira jika kamu menyedari setiap pertambahan barang
miliknya.
8.
Jangan kedekut dengan ketawa jika si sahabat menceritakan sesuatu kisah
lucu dengan kamu. walaupun kamu pernah mendengar cerita lucunya itu
sebelum, tetaplah ketawa.
9.
Sesekali, kamu boleh mengajak sahabat memakai baju yang sama atau
seakan-akan sama dengan kamu. tetapi, kamu berilah sahabat yang memilih
sendiri tema baju yang diinginkanya
10. Berikan sahabat kejutan dengan menyelitkan coklat kegemarannya di mana-mana tempat yang disedari oleh sahabat
11.
Jika sahabat berada dalam keadaan penat atau selepas mengalami emosi
marah, tidak salah jika kamu memberikan urutan riungan kepadanya. dengan
cara ini, kamu boleh membantu sahabat meredakan tekanannya.
12.
cuba kamu kumpulkan gambar dan maklumat tentang artis atau apa jua
perkara yang di gemari oleh sahabat. kamu berikan kepada sahabat, pasti
sahabat menghargainya.
13. Jadikan pemaaf, tetap tersenyum sekiranya sahabat berpatahkan sepit rambut kecil milikmu. kamu boleh beli yang baru kan
14.
Sewaktu sahabat menyatakan rasa kesalnya selepas melaukan sesuatu
kesalahan, kamu suarakan padanya "jangan bimbang, kamu masih belum
terlambat untuk memperbetulkan keadaan".
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment