Hi semua..!! haha.. kali ni saya nak ajar cara-cara menggunakan chopstik! teringat pulak masa STPM, duduk kat rumah sewa dulu dengan kawan-kawan. Selalunya saya la yang masak, pernah sekali saya masak mi sup ayam! peghh..! bez, pakai chopstik! ada sorang kawan tak reti pakai sampai terpelanting ayam tu dibahamnya! haha.. ok2, ni adalah cara-cara pergerakan tangan memegang chopstik :
Apabila menggunakan penyepit, kedua-dua batangnya dipegang rapat dalam tangan yang sama, biasanya tangan kanan.Di sesetengah majlis rasmi, memegang penyepit dengan tangan kiri dianggap tidak sopan.
- Letakkan sebelah penyepit di antara tapak tangan dan pangkal ibu jari, dengan menggunakan jari manis untuk menyokong bahagian bawah batang itu. Himpit batang itu ke bawah dengan ibu jari dan tolaknya ke atas dengan jari manis. Batang itu haruslah pegun dan cukup stabil.
- Pegang batang yang satu lagi dengan hujung ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu seperti memegang pen. Pastikan kedua-dua batang berbaris lurus.
- Batang yang atas digerakkan naik turun pada batang bawah yang pegun.
- Setelah berlatih secukupnya, kedua-dua batang berfungsi seakan-akan kacip yang boleh memegang objek.
Jika kedua-dua hujung batang tidak berbaris rata, susahlah untuk memegang apa-apa. Pegang penyepit tegak-tegak dengan hujung sebelah menyentuh meja sedikit-sedikit, kemudian tolak penyepit ke bawah dengan perlahan atau longgarkan genggaman seketika agar kedua-dua hujung menjadi sama rata. Cuba memegang penyepit dalam pelbagai sudut untuk membiasakan diri dengan penggunaannya.
Masih tidak boleh nak guna?? nah! pakai ni je..!
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
Pakai tangan je sudahhhhh
ReplyDelete