Tips Memujuk Kekasih Wanita
Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, apabila berlakunya pergaduhan, pasti wujud adengan pujuk-memujuk antara satu sama lain bukan? hehe.. di sini abang F akan terangkan bagaimana kaedah atau cara untuk memujuk kekasih dengan berkesan. (berdasarkan pengalaman dan kajian yang telah saya lakukan)
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang kekasih merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya. Tindakan mendesak pasangan adalah amat tidak digalakkan pada ketika ini.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itk

Ok, sebelum tu kita perlu mengkaji dan fikirkan mengapa perempuan merajuk? Apakah punca dan situasi yang menyebabkan rajuknya seorang wanita? Melalui pembacaan dan pengalaman abang F, secara asasnya perempuan ini kadang-kadang merajuk sebab dia..
1. Nak perhatian lelaki lebih kepadanya, berbanding lelaki yang tidak suka dipujuk. So, sekiranya ada di kalangan anda yang mempunyai kekasih yang kuat merajuk artikel ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu anda.
2. Kuat cemburu, yup.. perempuan ini cemburunya kuat (pembaca perempuan jangan nafikan, hehe), itu lumrah. Mereka cemburu sekiranya anda memberi perhatian kepada orang lain. Jika dia sedang bercakap, anda kena tumpu perhatian. Pernah dengar tak ayat ni: “Awak dengar tak ape saya cakap nie, ish awak nie..”, maka bermulalah episode ke berapa entah merajuknya. Dalam filem banyak pakai dialog nih.. hehehe! Bukan itu sahaja, kadang-kadang cemburu yang kuat walaupun terhadap kawan-kawan mahupun keluarga anda sendiri.
3. Tidak dapat apa yang dia mahu.. ini sifat yang anda sebagai lelaki bukan sahaja kena pujuk, kena nasihat. Pujuk bukan beerti turut. Biasalah, perempuan ada 9 nafsu 1 akal berbanding lelaki yang 9 akal 1 nafsu. Nafsu mereka lebih untuk memiliki itu ini, so lelaki kena bijaksana untuk tangani. Sesungguhnya akal itu sentiasa mengatasi nafsu, bukan nafsu yang kawal kita! Motivasi sikit. Hehe.. ^_^
4. Marah dengan orang lain.. pada waktu itu andalah tempat dia meluahkan perasaan dan menjadi tempat mengadu. Kadang-kadang dia bukan merajuk dengan anda seorang sahaja, merajuk kepada kawan-kawan contohnya, atau kepada pensyarah universiti. Pada waktu itu jalankan peranan anda untuk membentuk dia. Sebagai lelaki, anda perlu matang dan bersikap memimpin!
Ok, itu antara beberapa tips-tips yang popular kenapa perempuan ini merajuk, kalau nak tau tips lain, boleh tanya abang F, hehe..
Sekiranya berlaku situasi seperti di atas, apakah cara nak pujuk perempuan atau bagaimana cara nak pujuk kekasih anda yang sedang merajuk itu? Ikuti tips ini..
1. Memberitahu perkara yang sebenar.
Dengan erti kata yang lain, jangan berdolak-dalik dan jangan sesekali berbohong. Perempuan akan menerima sekiranya anda berlaku jujur kepadanya. Terus terang dengan dia dan cuba fahamkan dia, insya-Allah si dia akan menerima. Selain dapat mengeratkan semula perhubungan, kepercayaan dia kepada anda juga bertambah, selepas ini jika situasi seperti di atas berulang, dia sudah memahami. Hubungan akan menjadi renggang sekiranya anda selalu berbohong kerana melunturkan kepercayaan si dia.
2. Bertolak ansur dengannya dan memberi buah fikiran dan jalan penyelesaian. Ini dapat menunjukkan kematangan anda. Perempuan suka lelaki yang matang dan dapat membimbingnya. Cadangkan kepadanya beberapa bentuk penyelesaian, pasti dia gembira dan rajuknya hilang. Jika masalahnya besar, anda kecilkan, dan jangan pula anda tambahkan lagi bebanan.
3. Berikan pujian.
Pujian itu bukan sehingga memuja-muja. Bahkan jangan terlebih memuji, kerana dikatakan pujian ‘terlebih sudah’ kadang-kala mematikan. Pernah dengar frasa: Puji 7 Nasihat 1. Ini bermaksud sekiranya kekasih anda jenis yang susah mendengar cakap, anda guna cara ini.. puji dia 7 kali, kemudian barulah nasihat. Tidak bermakna kena sampai 7 kali, cukup sekadar pujian itu melebihi nasihat yang diberi. Sebab jika nasihat sahaja, nanti dikatakan anda memberi tazkirah pula.
4. Dendangkan lagu dan sajak kepadanya.
Ada juga yang suka dipujuk dengan lagu, tiba-tiba dia datang kepada anda lalu berkata “Awak, nyanyikan saya lagu”, ha.. tandanya ada yang tak kena la tu.. dan dia mahu anda menghiburkan hatinya. Tetapi jangan tunggu diminta, anda sendiri dendangkan lagu kepadanya, ataupun sajak ‘hantam sajalah’ anda yang terkadang kedengaran lawak di hatinya. Terubat segala rajuk di jiwa.. haha, admin dah nak mula bersajak ~
5.Menghiburkan hatinya dengan berjenaka.
Pujuklah si dia dengan berjenaka, tapi syaratnya jangan 'overdos'!, hehe.. anda perlu melahirkan rasa geli hati di dalam dirinya dengan kepelbagaian bahan jenaka. Paling berkesan bila anda membuat lawak-lawak yang pernah dikongsi bersama dahulu, secara tidak langsung ia akan mengembalikan kenangan manis bersama si dia. Sambil anda mengembirakan hatinya, anda selitkanlah dengan pujukan agar si dia berasa disayangi.
Pehh.. menggigil abang F nak taip cerita-cerita macam ni! hehe.. Jadi bagaimana dengan cara-cara ni? Sekiranya anda belum praktikkan, boleh cuba praktikkan. Tetapi jangan praktikkan di tempat yang tak semestinya. Jangan sesekali biarkan rajuknya begitu sahaja.. bila dah menjadi pasangan kekasih atau suami isteri jalankan peranan anda. Jika tidak, jangan berkasih. :D Adios!
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
Abang F . Adakah tips ni bole guna pd pmpn yg dah tawar hatinya ??
ReplyDeleteSalam abg. Sya ad f mcm mne nk dpt ati gf sya yg tgh mrjuk. Sbb sy buat slah dkt dia. Tlg bg idea abg f dkt sy nie
DeleteAbang F. Awek saya mi merajuk sebb die nk berjumpa ngn saya tp saya selalu tiada masa nk berjumpa dgn dia.. Katanya saya selalu mengelat utk berjumpa dgn dia.. Ada tak tips atau ayat yg bole digunakan utk pujuk awek saya?
ReplyDeleteHai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.
ReplyDelete