Tiada ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah.
Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya
hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah,
lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon
bimbit.
Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu
untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung
tidak mahu berterus-terang?”
Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka
apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu
kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang
dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Minggu ini Mr.Kijang ingin berkongsi tip disaat si dia berhadapan
dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya
si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:
1. Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar
menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama
kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan
waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas
alasan ingin bebas daripada beban kewangan.
2. Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih
memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil
menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”
3. Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan
di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil
keputusan membawa kamu ke gerai murah.
4. Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu
pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan
bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa
kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”
5. Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah
menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi
kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai
buat kamu, sabar ya…”
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke
pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan
sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”
7. Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke
tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang
untuk kita berdua.”
8. Hanya menemani
“Maaf, saya dah makan kat rumah tadi, saya teman
awak je ok?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan
kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
9. SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon
kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan
ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS je, pasti lebih murah dan
berbaloi.”
10. Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan
keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar
suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.”
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang
kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan
itu melalui perubahan tingkah lakunya.
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
YUK !!!!! buruan gabung dan menang kan total hadiah ratusan juta rupiah setiap hari nya hanya di s1288poker agent poker terpecaya .... cuma di sini tempat nya kamu bisa menunjukan kehebatan kamu dalam bermain poker yukkkk daftar kan diri anda sekarang juga
ReplyDeleteterdapat 6 game dalam 1 user id anda loh.... (PIN BBM: 7AC8D76B)