8 Tips Mengatasi Malas
1. Tetapkan Kembali matlamat ingin dicapai.
Anda perlu semak semula dan tetapkan kembali apakah objektif
(tujuan) yang ingin anda capai. Tanpa tujuan, anda tidak pasti apakah keutamaan
hidup dan apakah aktiviti kehidupan yang akan dilakukan.
Tanpa matlamat, hidup menjadi pasif, terumbang ambing dan cenderung menyerah pada nasib. Inilah yang menyebabkan
kemalasan.
Justeru, tetapkanlah matlamat murni anda belajar. Paling baik, anda tetapkan tujuan belajar untuk menjadi insan yang mulia di sisi Allah dan di sisi insan.
Di samping itu, anda ingin Berjaya dalam kerjaya untuk menjadi insane yang berbakti kepada keluarga, masyarakat dan Negara pada masa depan. Ini menghilangkan rasa malas anda.

2. Urus kehidupan
anda
Ini amat penting. Kehidupan yang terurus dapat merawat rasa
malas. Ada ketikanya, rasa malas timbul bukan disebabkan kerja yang berat dan
sukar, malah disebabkan kerja yang remeh-temeh dan kecil.
Namun, disebabkan perkara ini tidak terurus dengan baik, maka amat memeningkan, lalu timbullah rasa malas. Cuba, beri beberapa jam untuk mengemaskan telapak kehidupan anda – masa belajar, tempat tidur, fail-fail di dalam cabinet, mahupun fail-fail di dalam computer.
Apabila semua terurus, apa jua urusan selanjutnya menjadi senang dan mudah. Rasa malas akan pergi meninggalkan anda.

3. Siapkan senarai
apa perlu dilakukan.
Elok anda lakukan perkara ini sebelum anda tidur. Dengan
adanya matlamat yang ingin dicapai seperti yang dinyatakan diatas, lebih mudah
anda membayangkan apakah yang sewajarnya anda lakukan.
Maka, sebaliknya pada setiap malam, senaraikan di fail meja atau buku diari anda, tugasan yang mesti anda akan bereskan pada esok hari.
Tidak kiralah, sama ada ia kerja besar atau kerja kecil. Senaraikan! Pasti anda akan lebih bermotivasi melakukannya nanti pada esok hari.

4. Selesaikan semua
pada waktu pagi.
Waktu pagi adalah paling segar dan ceria. Sesiapa yang
memulakan kerja pada awal pagi lebih murah rezekinya. Di samping itu, kita
lazim menangguhkan sesuatu kerja yang kita terasa kurang minat dan
menjengkelkan.
Lalu, hal ini terus menjadi tertangguh. Tekanan dan bebanan terus bertambah dan akhirnya kita gagal menyelesaikannya.
Hal ini, berilah keutamaan melakukan apa jua kerja yang berat pada awal-awal pagi. Semakin senang sesuatu tugasan itu, semakin boleh dilewatkan ke petang.
Ini bersesuaian dengan kemampuan kita setiap hari yang biasanya semakin kurang tenaga dan kemampuan fokus apabila menjelang petang dan malam.

5. Pakaian yang
kemas.
Ramai antara kita tidak sedar bahawa pakaian mempengaruhi
sikap kita terhadap kerja. Jika kita sedang memakai seluar santai dan memakai
sandal, kita tidak akan terasa berada dalam situasi kerja. Berpakaian kemas dan
lengkap, menjadikan kita teruja dan perasaan yakin dan produktif.
Ini mendorong kita melakukan sesuatu secara cepat dan pantas. Berpakaian kemas, membentuk sikap berjaya dan cemerlang. Walaupun ketika anda bersukan. Cubalah berpakaian lengkap sebagai ahli sukan. Begitu jugalah jika anda bersolat jemaah di surau atau di masjid. Tampilkan diri anda yang kemas dan selesa dipandang.

6. Sentiasa mengawasi
waktu.
Bermula daripada keupayaan anda melakukan tugasan mengikut
senarai perkara yang perlu anda lakukan di atas pada setiap pagi, menjadikan
hidup anda lebih berkeyakinan dan bermotivasi.
Ini akan membentuk tabiat kehidupan baru bagi anda. Anda akan berubah daripada seorang merasa diri pemalas, kepada seorang yang rajin dan gigih. Tanpa sedar, terbentuk rasa diri yang merasa rugi jika tidak menepati waktu dan membiarkan waktu berlalu tanpa dimanfaatkan.

7. Sentiasa
bersama-sama buku catatan
Menyimpan buku catatan di sisi anda amat mendatangkan
manfaat. Paling utama, jika ada idea-idea yang terlintas difikiran sewaktu kita
sedang berehat, berjalan-jalan, di dalam bas atau di dalam kereta api, kita
perlu catat lintasan idea itu segera.
Terutama, yang berkaitan dengan pelajaran kita. Apatah lagi, jika berkesempatan bersembang-sembang dengan rakan-rakan mengenai pelajaran. Catatlah maklumat dan idea tersebut segera.

8. Belajar secara berkumpulan.
Berdampinglah dengan rakan-rakan anda dan libatkan diri
dengan belajar secara berkumpulan. Di sini, anda berpeluang saling member
motivasi dan dorongan antara satu sama lain.
Juga, apa jua yang tidak faham dapat dibincangkan dan diselesaikan bersama. Masa anda menjadi lebih jimat dan anda akan belajar secara lebih seronok dan menggembirakan.

Semoga segala panduan di atas dapat menolong dan member
manfaat kepada anda. Kepada Allah kita berserah.
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment