10 Faktor mengapa pelajar malas belajar




                Topik kali ini Abang F tujukan khas untuk pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran sama ada di sekolah mahupun IPTA. Mengapa pelajar malas belajar? Ada banyak sebab yang membolehkan keadaan ini terjadi. Sekurang-kurangnya ada 10 faktor seperti yangt berikut:

1.  Tiada matlamat yang jelas mengapa mereka mesti belajar dan manfaat ilmu yang dipelajari itu dengan kehidupan masa depan, sama ada di dunia ataupun di akhirat.

2. Kurangnya minat dan motivasi dalaman diri. Mereka ini tidak nampak adakah perlunya mereka belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

3. Berasa sudah cukup selesa dengan apa yang ada. Biasanya masalah ini berlaku kepada mereka yang datang dari keluarga yang senang dan berada. 

4. Tidak cukup rehat dan tidur. Otak kita memerlukan istirehat yang cukup bagi membolehkan otak berfikir dengan baik dan segar. Apabila otak yang tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, akan cepat penat dan hilang kemampuan untuk menumpu. Maka itulah malas terjadi. 




5. Amalan belajar pada waktu malam. Ini biasa terjadi kepada pelajar generasi muda hari ini yang
lebih selesa menghabiskan masa berjaga dan belajar pada malam hari. Pada siang hari mereka terpaksa hadir ke sekolah untuk belajar dan sibuk dengan pelbagai aktiviti. 





6. Keasyikan kepada dunia media sosial seperti facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya juga menjadi penyumbang utama kepada masalah ini.

7.  Mungkin juga anda telah memberikan tumpuan belajar yang terlalu lama. Ini menjadikan otak penat dan kehilangan tenaga.

8.  Kurang membabitkan diri dengan aktiviti senaman dan sukan yang menyegarkan badan. Ini menjadikan badan kita tidak dapat mengeluarkan hormon-hormon tertentu yang boleh menyegarkan dan member tenaga untuk belajar dengan berkesan.

9. Terlalu banyak minum minuman berkafein seperti teh tarik, kopi, coca-cola, pepsi-cola dan sebagainya. Ini menjadikan saraf-saraf tubuh dan otak terlalu bergantung kepada kafein ini untuk bekerja. Apatah lagi jika diminum sebelum tidur. Otak akan terus bekerja meskipun kita sedang tidur disebabkan kafein ini. Oleh itu, pada siang hari kita menjadi letih dan malas.

10. Faktor persekitaran yang tidak memberangsangkan. Jika kita bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang lemah dan kurang semangat belajar, ataupun orang lain yang selalu cuba merendah-rendahkan semangat dan kemampuan kita. Ini juga menjadikan kita malas untuk belajar. 




                Semua orang termasuk abang F pun pernah jadi pelajar, jadi mestilah kitaorg faham dengan masalah seperti ini kan.. hehe.. masa study kat uitm dulu pun abang F pernah main game sampai tak pergi kelas sebab letih.. (malas) hahaa.. Tapi macam mana nak cegah atau mengatasi masalah ini ye? Meh baca 8 tips mengatasi malas.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.

9 comments:

  1. assalam..mohon share izinkan saya salin statment ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. mohon salin utk folio skolah

      Delete
    2. Waalaikummussalam dik, silakan share.. :)

      Delete
  2. can i know what will be happend to the counthry is students did not focus on the class or in school

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang akan terjadi kepada negara jika murid tidak berfokus dalam kelas atau di sekolah bagi saya dua penerangan terima kasih

      Delete
  3. YUK !!!!! buruan gabung dan menang kan total hadiah ratusan juta rupiah setiap hari nya hanya di s1288poker agent poker terpecaya .... cuma di sini tempat nya kamu bisa menunjukan kehebatan kamu dalam bermain poker yukkkk daftar kan diri anda sekarang juga
    terdapat 6 game dalam 1 user id anda loh.... (PIN BBM: 7AC8D76B)

    ReplyDelete
  4. Respect and that i have a nifty offer: House Renovation Designer Near Me house remodeling services

    ReplyDelete