Petua Elak Mengantuk Ketika Memandu
Assalamualaikum..
Kita mudah berasa mengantuk apabila memandu jauh, terutama ketika balik kampung, mengantuk ketika memandu adalah salaah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya, jadi untuk mengelakkan pekara ini menjadi serius, saya sertakan petua untuk elak daripada mengantuk..
- Bawalah seseorang sebagai teman terutamanya jika menempuh perjalanan yang jauh. Tak kisah la sahabat baik ataupun skandal anda.. hehe..
- Pastikan juga anda berbual-bual dengan teman yang dibawa dan cuba elak dari teman yang jenisnya kaki tidur. Kesian anda nanti.
- Pasang kaset dan sebaiknya dengarlah lagu-lagu rancak dan bukannya lagu yang boleh menyebabkan mengantuk.
- Buatlah sesuatu aktiviti seperti menyanyi, bergendang atau apa saja apabila mula rasa mengantuk.
- Kemam atau kulum gula-gula, asam kecut, layan jajan (makanan ringan). Makan makanan berat sebelum atau semasa memandu akan mengundang rasa mengantuk.
- Pastikan anda cukup tidur sebelum memandu kerana semua panduan di atas tidak memberi kesan jika anda tiga hari tak tidur. :)
Kalau dah terlalu mengantuk sangat tu, lebih baik berhenti dahulu kat tepi jalan atau pun kat mana-mana RnR terdekat dan tidur dulu beberapa ketika.
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
mcm knal je org dlm gmbr 2...hahahaha
ReplyDeleteNtah.. budak mana ntah yg drive tu.. hahaa~
Delete
ReplyDeleteInfo yang menarik dan sangat berguna untuk diamalkan oleh para pemandu yang mengantuk ketika memandu. Untuk mencegah mengantuk kita juga digalakkan untuk mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan merancang masa perjalanan kita.
Yup, betul tu. Banyak berlaku kemalangan disebabkan oleh mengantuk. Naik motor pun ada risiko kemalangan disebabkan mengantuk ni. Memang cukup bahaya. TQ Dr Akbar diatas keperihatinan.
Delete