Tips Keselamatan Ketika Berada Di Luar Negara





Melancong ke sesebuah Negara memang amat menyeronokan, apatah lagi jika ini merupakan kali pertama, tetapi aspek keselamatan harus dititik beratkan, di sini kami sediakan beberapa tips yang mungkin boleh digunapakai ketika berada di luar Negara.

1) Elakkan daripada keluar berseorangan
Kemanapun anda pergi, tak kiralah sama ada anda lelaki apatah lagi perempuan, cubalah keluar bersama-sama kawan atau teman. Negara luar bukanlah tanah air kita, bukan tempat kita. Tambahan lagi sekiranya anda pegi ke tempat-tempat yang belum pernah anda jejakkan kaki, cubalah jangan berseorangan walaupun pada waktu siang hari.

2) Elakkan keluar rumah pada waktu senja dan malam
Elaklah daripada keluar rumah pada waktu senja dan malam sekiranya
tiada keperluan. Sekiranya anda terpaksa juga keluar untuk sesuatu urusan yang penting, maka keluarlah berdua atau bertiga bersama-sama rakan-rakan anda.

3) Sekiranya anda hendak keluar ke sesuatu tempat, pastikan anda beritahu rakan serumah anda kemana anda pergi dan bila sepatutnya anda akan pulang ke rumah
Sekurang-kurangnya rakan serumah anda tahu kemana anda pergi, dan sekiranya apa-apa bentuk kecemasan berlaku kepada anda, mereka tahu dimana anda berada. Sekiranya anda lambat pulang ke rumah atau tidak langsung pulang ke rumah pada hari itu, pastikan anda beritahu kepada rakan rumah anda melalui sms atau talipon, supaya rakan rumah anda tidak risau akan keselamatan anda.

4) Pastikan anda semak terlebih dahulu jadual pengangkutan awam supaya anda tidak terlepas servis yang terakhir pada hari tersebut
Ini sangat penting, jika anda pergi ke suatu tempat dan terpaksa pulang ke rumah pada waku malam menaiki pengangkutan awam. Terutamanya pada hari-hari cuti hujung minggu, banyak pengangkutan awam (bas, keretapi, tram, ferry) yang ditamatkan awal berbanding hari-hari minggu yang lain. Sekiranya anda terlepas servis terakhir, janganlah mengambil tindakkan untuk pulang berjalan kaki ke rumah ditengah malam yang gelap gelita berseorangan, tindakan ini membahayakan keselamatan diri anda. Cuba hubungi kawan-kawan yang punyai kereta/motosikal persendirian yang boleh datang mengambil anda daripada stesen tersebut.

5) Sekiranya anda berada dalam bahaya atau anda ragu-ragu keselamatan anda mungkin berada dalam bahaya, cepat-cepatlah hubungi rakan-rakan anda atapun hubungi polis
Ini boleh dilakukan melalui telefon bimbit anda ataupun telefon-telefon awam. Tindakan awal insyaAllah mungkin boleh menyelamatkan anda.
Tidak lupa juga sebagai langkah tambahan
Bawa senjata seperti penyembur lada (pepper spray) dan elakkan dari membawa barang-barang berharga. Bawa juga lampu suluh kecil bersama anda kerana ia sangat berguna jika anda menyusuri jalan atau lorong yang agak gelap.

Saya harap dengan sedikit perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk anda semua terutamanya untuk adik-adik yang baru buat pertama kalinya memulakan kehidupan di luar negara. 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.

1 comments:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete