10 tips Menjadi suami soleh







Berikut adalah tips-tips tersebut. Cuba amalkan sedikti-demi-sedikit ke dalam kehidupan seharian anda. Tidak perlu lakukan perubahan terlalu drastik :
  • Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin.

  • Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.

  • Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.

  • Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran.

  • Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri anda sendiri.

  • Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah.

  • Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
  • Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
  • Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami.
  • Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.
Itulah dia beberapa tips yang dapat saya kongsikan khusus bagi anda seorang lelaki yang ingin menjadi seorang suami yang soleh InsyaAllah..! Semoga Berjaya!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.