1.
Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada
tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada
jauh darinya.
2.
Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan
menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5.
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7.
Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda
akan membenci anda.
8.
Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.
9.
Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah
dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan
bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11.
Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara
memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.
13.
Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.
Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15.
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.
16.
Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.
17.
Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan
rasa selesa.
18.
Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19.
Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.
20.
Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau
tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21.
Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.
22.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian
lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24.
Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.
perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25.
Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada
pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28.
Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat
yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29.
Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian
adalah tarikan.
30.
Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32.
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain
jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka
kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33.
Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap
anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.
34.
Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih,
terperanjat,benci, simpati dan sebagainya.
35.
Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai
hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan,
pemberian,pengorbanan dan sebagainya.
36.
Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.
37.
Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan
tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38.
Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40.
Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang
menarikanda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih
bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42.
Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.
43.
Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang
original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45.
Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46.
Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan
yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48.
Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah
kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci
dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50.
Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan
peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa
bersangka baik.
51.
Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52.
Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat
lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53.
Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.
54.
Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.
55.
Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.
56.
Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah,
meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57.
Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta
dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58.
Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa
dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar
dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60.
Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan
objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci
dan banyak yang tersirat. |
Bagi cop mohor je! hahaaa
ReplyDelete