Manusia Diberi Pilihan Untuk Mengubah Nasib Mereka
Bak kata orang, nak mati senang, nak hidup payah! Iye la, nak hidup ni bukan senang, kena tempuhi banyak cabaran hidup sampai rasa nak gila! Nak mati pulak senang, ambil pistol, tembak je kat kepala! Haaa..! Terus MATI! :P hehee~ Actually, salah tu kawan! azab kat kubur lagi seksa woo kalau bunuh dirii..!!
Sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup kita ni memang dah ditulis sejak azali lagi, tapi kenapa ada segelintir manusia hidup di dalam kesesatan seperti terjebak dengan gejala sosial, penyalahgunaan dadah & macam-macam lagi la! Kenapa? semua ini ditulis sejak azali lagi kaa?? so salah tuhan la ni?? kamu silap kawan, Tuhan memang dah tetapkan JALAN untuk kita tuju & setiap jalan tu Tuhan dah tetapkan apa yang akan berlaku. Manusia bertuah kerana diberi pilihan, Meh nak bagi contoh:
Terdapat Jalan ke simpang A & B, Kita naik kereta.. xkira la kereta apa pun, BMW ke, Mercedis ke, Waksegan ke.. (Volkswagen). Simpang A merupakan jalan berlumpur tetapi cepat untuk sampai ke destinasi, manakala Simpang B mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi tetapi jalan ni elok, rata.. Jadi pilihan di tangan kita, Jalan A akan menyebabkan kereta kita kotor akibat lumpur & mungkin akan tersangkut di dalam lumpur! Walaupun jalan B mengambil masa yang lama, tetapi kita akan sampai ke destinasi tersebut dengan selamat! :)
Pendek kata, Nasib ditentukan berdasarkan PILIHAN yang kita lakukan, jangan sesekali menyalahkan takdir ye.. sama2 la kita mencegahnya! Ganbattne!!
Ni haaa..!! Nak kongsi madah yang dipetik dari lagu ambe sendiri.. huhu.. jiwang la plak! :
Kejar cita2 sebelum kejar cinta ok??
ABOUT THE AUTHOR
Hai, sila tinggalkan komen, cadangan atau apa-apa sahaja untuk kami kongsikan melalui blog ini. AMARAN! sebarang artikel di dalam blog ini adalah hak cipta sepenuhnya daripada pengarang dan anda dilarang sama sekali untuk menyalin mana-mana artikel kecuali dengan izin pengarang. Teruskan membaca artikel kami. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment