Fizzi Zain's Faith
  • Laman Utama
  • Hubungi Saya
Home Archive for January 2013






Setiap orang ada hobi masing2.. termasuk la saya yang kerdil ni.. huhu~ Saya memang minat menyanyi.. dari dulu sampai skrg.. atau lebih tepat lagi semenjak darjah 5.. selalunya saya akan berlatih vokal di rumah (dalam bilik) atau di karaoke box pusat komersial seksyen 7 shah alam. Kadang2 berlatih dengan kawan2, kadang2 sorang je..

Kawan2, cikgu, pensyarah DLL pun pernah suruh saya join mana2 pertandingan nyanyian.. tapi saya tak pernah ada peluang nak pergi sebab ada banyak komitmen lain.. Lagipun saya bukannya berani sangat naik atas stage/pentas.. seram! Maklumla, seorang yang pemalu la katakan.. hehe.. Pernah wat show pun time skolah dlu.. dan tak lupa jugak masa buat show kat uptown.. karaoke saje2.. test power.. kwang3 



Teringin juga nak ada band sendiri.. xpernah wat show secara live dengan band, teringin sangat2.. kalau dapat wat skali pun saya akan puas! Sesiapa nk wat show nanti, ajaklah saya ye.. nanti saya update dalam blog ni, huhu.. Namun begitu, saya ada target saya sendiri.. saya nak cuba mnyanyi kat semua tempat yang disediakan pentas untuk menyanyi.. nk luaskan lagi jajahan!


Menyanyi tetap best & sronok.. dapat hilangkan tensyen n so on.. sesiapa yang duduk berhampiran dengan pusat komersial sek7 shah alam, boleh la karaoke skali dgn saya k.. Adios! haha!

Comel iklan ni.. hehe.. cuba malaysia wat macam ni jugak.. huhu~



Selamat sejahtera kawan-kawan.. sini ada satu lagu best.. dalam versi jepun & Versi English.. penyanyi yang berbeza.. jom Layann..



Ok.. Apa yang korang akan buat kalau rasa sedih? sebab saya rasa sedih sangat2 malam ni.. xtau lah kenapa.. Bila sedih, akan teringat semua masalah.. Teruk betul kan? em.. Selalunya saya yg bagi tips kan? kali ni saya nak minta tips2 dari korang pulak.. haha.. xboleh xpe.. have a good day friends.. see ya!





Salam 1 Malaysia.. huhu.. balik kerja terus update blog.. mcm xde keje lain pulak.. Letih xpe, asal dapat permudahkan lagi untuk kita berhubung..

TQ kepada semua yang menyokong saya, walupun hanya 2000 pelawat, saya tetap rasa gembira & saya akan teruskan usaha untuk jadi yang lebih baik!! Saya di sini ingin memohon maaf kerana tidak dapat update blog ini baru2 ni kerana

Esok saya start kerja balik kat Restoran Burger Bakar Abang Burn shah alam ni.. dah lama sangat cuti.. Restoran ni best sangat, kalau korang ada masa, korang datang la ye, singgah makan kat situ.. Sedap! tak tipu! huhuu~ nanti saya akan wat entry pasal Burger Bakar Abang Burn ni.. nantikan la ye.. wink3

ni gambar2 burgernya:



Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. Berikut 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak cinta sahabatmu itu.

1. Tidak sesuai bercintaDidalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.

2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.

3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.

4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya

5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu

6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.

7. Beritahu kamu sudah ada calon lainNyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.

8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.

Kehadiran sehabat karib di sisi boleh di anggap sebagai satu anugerah yang tidak ternilai hebatnya. untuk memastikan hubungan persahabatan itu mampu bertahan lama, kamu perlu bijak mengendalikannya. Salah satu cara yang paling mudah adalah, membeli jiwa sahabat. Disini diberikan 14 tip berkesan untuk membeli jiwa sahabat.

Adakah anda gembira dengan artikel, informasi dan segalanya disini? Kami ingin melihat perasaan anda mengenai laman blog ini. Pilih ikon perasaan anda dengan Klik happy news O-meter di sebelah

1. Pujipenampilannya, khususnya di hari-hati istimewa sahabat seperti di hati jadinya atau ketika sahabat ingin melangkah ke sesuatu majlis istimewa.

2. Ketika sahabat tidak menyedari, dandanan rambutnya tidak rapi, dengan spontan kamu bantu sahabat untuk merapikannya.

3. Temankan sahabat sewaktu si sahabat sedang sibuk berdandan untuk memenuhi temu janji pertamanya bersama si dia,

4. Pujilah sahabat di depan kekasihnya, secara tidak langsung kekasih hati sehabat kamu itu tahu tentang kelebihan taman wanitanya itu. Jadi, kekasihnya akan bertambah sayang pada sahabat kamu itu. Sahabat pasti akan lebih menghargai kamu.

5. Ucapkan 'terima kasih' jika si sahabat menginap di rumah kamu. Tindakan kamu itu secara tidak lang sung menggambarkan bahawa kamu cukup senang dengan kehadirannya.

6. Bela dan pertahankanlah sahabat apabila anda rakan lain yang menyindur tentang kesalahannya di hadapan org ramai.

7. Berikan komen positif jika si sahabat membeli sesuatu barang baru, sahabat pasti gembira jika kamu menyedari setiap pertambahan barang miliknya.

8. Jangan kedekut dengan ketawa jika si sahabat menceritakan sesuatu kisah lucu dengan kamu. walaupun kamu pernah mendengar cerita lucunya itu sebelum, tetaplah ketawa.

9. Sesekali, kamu boleh mengajak sahabat memakai baju yang sama atau seakan-akan sama dengan kamu. tetapi, kamu berilah sahabat yang memilih sendiri tema baju yang diinginkanya

10. Berikan sahabat kejutan dengan menyelitkan coklat kegemarannya di mana-mana tempat yang disedari oleh sahabat

11. Jika sahabat berada dalam keadaan penat atau selepas mengalami emosi marah, tidak salah jika kamu memberikan urutan riungan kepadanya. dengan cara ini, kamu boleh membantu sahabat meredakan tekanannya.

12. cuba kamu kumpulkan gambar dan maklumat tentang artis atau apa jua perkara yang di gemari oleh sahabat. kamu berikan kepada sahabat, pasti sahabat menghargainya.

13. Jadikan pemaaf, tetap tersenyum sekiranya sahabat berpatahkan sepit rambut kecil milikmu. kamu boleh beli yang baru kan

14. Sewaktu sahabat menyatakan rasa kesalnya selepas melaukan sesuatu kesalahan, kamu suarakan padanya "jangan bimbang, kamu masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan".

Marshable.. first time dengar? ni laman sosial yg direka khas untuk rakyat malaysia, dengar cerita laman ni dikhaskan untuk mencari jodoh.. haha.. konsepnya sama macam facebook.. sama tapi tak serupa!
ini laman utama marshable
Laman utama ni seakan2 Facebook tapi dilengkapi dengan pelbagai element2 menarik seperti pages, Blog, Forum, Event, Music, Market Place & Streaming.




Shoutbox 
Yang ni pulak Shoutbox, tempat untuk berkomunikasi secara pantas dengan semua kawan2 @ pengguna Marshable ni. Seronok la dapat chat dgn semua kawan baru tapi ramai sangat yang post komen sampai pening dibuatnya.. huhu.. 








Sini tempat nak Add friends baru


















Ni pulak pages..
















Photos



Videos



















Events
















Music, boleh mainkan mp3 terus


Yang ni saya suka, Marketplace.. hehe.. tempat berniaga
















Games


















Korang jugak boleh Customize Dashboard korang untuk cantikkan lagi laman ni mengikut citarasa masing2















Pendaftaran adalah percuma! Klik kat sini untuk daftar..

Em.. rasanya tu la kot.. korang boleh la mengembara sendiri.. kalau da daftar tu, add la saya.. haha.. Fizzi Zain



Muka depan Marshable semasa pendaftaran masuk

Rasanya tu je stakat ni.. smoga terhibur.. nak tido..!! Zzzzz...










Adoiii.. apa khabar semua? harap sihat2 slalu.. huhu~ ni saya cadang nak tukar wajah blog ni supaya nampak lebih GAH! haha.. tapi dalam perancangan lagi la tu.. wink3

Subscribe to: Posts ( Atom )

PENULIS BLOG

Kijang hitam atau Fizzi Zain merupakan seorang freelancer dalam pelbagai bidang. Blog ini merupakan salah satu pentas untuk beliau berkongsi segala pengalaman beliau. Nice to meet you! Estetika untuk semua.








Chat Software

Throw Back!

  • ►  2015 (7)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
  • ▼  2013 (20)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  February (1)
    • ▼  January (11)
      • Vokalis
      • Iklan Jepun Yang Comel
      • Lagu Best!!
      • Sedih..
      • Facebook Comment!
      • 2000 Visitors!!
      • Kerja! Lalalalaa~
      • 8 tips Menolak Cinta Sahabat Baik
      • 14 Tips Menjaga Hati Sahabat
      • Marshable, Laman Sosial Malaysia Yang Pertama
      • Sibuk, Sibuk, Sibuk....!!
  • ►  2012 (48)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (38)
  • ►  2011 (1)
    • ►  December (1)

HEBAHAN TERKINI

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!
  • Anti Kelantan Lagi
  • 60 tips cari Jodoh

Instagram



Menarik Untuk Semua

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Cara-cara Membina Motivasi Diri
  • 70 Mutiara Kata Cinta
  • Chopstik-chopstik Yang Kreatif..!!

Tutorial Untuk Semua

  • 7 Tips Beraya Ke Rumah kekasih
  • Tip-tips cemerlang untuk belajar sambil bekerja
  • Tips Keselamatan Ketika Berada Di Luar Negara
  • Cara memilih kamera digital dengan betul
  • Tips Tidur Lena
  • 4 Cara Mudah Untuk Awet Muda
  • 25 tips menguruskan berat badan
  • 50 Cara Memikat Lelaki
  • Petua Elak Mengantuk Ketika Memandu
  • Cara-cara Memegang Chopstik
  • 60 tips cari Jodoh
  • 15 Cara Unik Mengikat Tali Kasut
  • Petua Menjadi Ibubapa yang Cemerlang
  • 5 cara meramal cuaca
  • Panduan mengikut isteri pergi shopping
  • Tips Membeli Telifon Bimbit
  • 10 tips Menjadi suami soleh
  • Cara melipat baju dengan cepat
  • Tips Elak Trauma Kecewa
  • Tips memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang
  • Tips Memujuk Kekasih Wanita
  • 8 Tips Mengatasi Malas
  • Teknik-teknik Bersolek
  • Tips Nak Rambut Cepat Panjang
  • 14 Tips Menjaga Hati Sahabat
  • 8 tips Menolak Cinta Sahabat Baik
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!

Rahsia Untuk Semua

  • Rahsia Tahi Lalat
  • Rahsia Lelaki Mengikut Zodiak
  • Rahsia Cara Berjalan Wanita
  • Rahsia Kentut
  • Rahsia Bibir Wanita
  • Rahsia Tapak Tangan
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
  • Rahsia Perempuan.. Lelaki Wajib baca..!!
  • 5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA
  • Rahsia Tarikh Kelahiran Dengan Pasangan Ideal
  • Rahsia Huruf Pada Nama
  • Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
  • 10 Rahsia Lelaki
  • Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Bercakap

Dakwah Untuk Semua

  • Manusia Diberi Pilihan Untuk Mengubah Nasib Mereka
  • Kisah Anak Kecil dengan Hasan al-Basri
  • Tanda-Tanda Kiamat
Copyright Reserved by Fizzi Zain's Faith. Powered by Blogger.

Posting Terbaharu

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak

Penaja Rasmi FZF

Copyright 2014 Fizzi Zain's Faith.
Designed by OddThemes