Fizzi Zain's Faith
  • Laman Utama
  • Hubungi Saya
Home Archive for 2013

Masih ingatkah lagi tentang Cara-cara memegang chopstik ? Kali ni abang F nak tunjuk gambar-gambar chopstik pula, yang pastinya memang pelik & COOLL..!! hehe..


Chopstik Pockey




Chopstik Alien





      Kali ni Abang F sertakan mutiara kata cinta yang dipetik dari beberapa orang yang terkenal beserta dengan terjemahan bahasa melayu, harap semua dapat manfaatkannya ok? enjoy! ;)

  1. LOVE IS A GAME THAT TWO CAN PLAY AND BOTH WIN – EVA GABOR (Cinta ialah sebuah permainan yang dimainkan oleh dua orang dan dimenangkan oleh dua orang tersebut)

  2. LOVE IS THAT CONDITION IN WHICH THE HAPPINESS OF ANOTHER PERSON IS ESSENTIAL TO YOUR OWN - ROBERT A. HEINLEIN (Cinta adalah suatu keadaan di mana kebahagiaan orang lain menjadi penting bagi kebahagiaanmu)

  3. LOVE IS LIKE THE WIND, YOU CAN'T SEE IT BUT YOU CAN FEEL IT - NICHOLAS SPARKS (Cinta itu seperti angin, kau tidak dapat melihatnya tapi kau dapat merasakannya)

  4. THE GREATER THE LOVE, THE GREATER THE TRAGEDY WHEN IT'S OVER - NICHOLAS SPARKS (Semakin besar rasa cinta, semakin besar pula tragedinya ketika cinta itu berakhir)

  5. THERE IS ALWAYS SOME MADNESS IN LOVE. BUT



               Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. Berikut Abang F sertakan 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak cinta sahabatmu itu.

1. Tidak sesuai bercinta

Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya. 


2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.

 

 3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.

4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya

 

 5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu

6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.

 
  7. Beritahu kamu sudah ada calon lain
Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.




8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.








                Topik kali ini Abang F tujukan khas untuk pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran sama ada di sekolah mahupun IPTA. Mengapa pelajar malas belajar? Ada banyak sebab yang membolehkan keadaan ini terjadi. Sekurang-kurangnya ada 10 faktor seperti yangt berikut:

1.  Tiada matlamat yang jelas mengapa mereka mesti belajar dan manfaat ilmu yang dipelajari itu dengan kehidupan masa depan, sama ada di dunia ataupun di akhirat.

2. Kurangnya minat dan motivasi dalaman diri. Mereka ini tidak nampak adakah perlunya mereka belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

3. Berasa sudah cukup selesa dengan apa yang ada. Biasanya masalah ini berlaku kepada mereka yang datang dari keluarga yang senang dan berada. 

4. Tidak cukup rehat dan tidur. Otak kita memerlukan istirehat yang cukup bagi membolehkan otak berfikir dengan baik dan segar. Apabila otak yang tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, akan cepat penat dan hilang kemampuan untuk menumpu. Maka itulah malas terjadi. 




5. Amalan belajar pada waktu malam. Ini biasa terjadi kepada pelajar generasi muda hari ini yang

Kadang-kadang F sedih jugak dengan sikap masyarakat kita yang masih anti terhadap negeri lain, apa pendapat korang?


Posting ni cuma nak tunjuk betapa jahilnya sesetengah masyarakat kita sekarang, sama-samalah kita perbaiki sikap kita yang tak bermoral tu ye.. Aminn..

                Sabda Rasulullah SAW,”Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu lihat 10 tanda;
1.Asap
2.Dajjal
3.Binatang melata di bumi.
4.terbitnya matahari sebelah barat
5.Turunnya Nabi Isa AS
6.Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.Gerhana di Timur
8.Gerhana di barat
9.Gerhana di jazirah Arab
10.Keluarnya api dari Kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.


                Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya dari sejak Nabi Adam AS sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘ini adalah orang kafir’.
gambar sekadar hiasan
                Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap ini, ia akan bersin seperti kena selsema, sementara orang kafir pula keadaan mereka seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

                  Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard akan keluar di Kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa AS dan Cincin Nabi Sulaiman AS.
                Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya pada dahi orang yang beriman, maka tertulislah di dahi orang itu ‘ini adalah orang beriman’. Apabila cincin dipukulkan pada dahi orang kafir maka akan tertulis ‘ini adalah orang kafir’.

gambar skadar hiasan
                Turunnya Nabi Isa AS  di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa AS akan menjalankan syariat Nabi Muhammad SAW.




                Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqurnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air Laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik. 


                Rasulullah SAW telah bersabda,”Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik bersuara lantang di dalam masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq.

                Berkata Ali bin Abi Talib,”Akan datang suatu masa di mana islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja. Mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama’, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

                Sabda Rasulullah SAW,”Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang-orang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takut akan siksaan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda Kiamat.”

                                                                         -Admin Izham-


                Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ketika Hasan al-Basri sedang duduk dekat pintu rumahnya, lalulah orang ramai membawa jenazah seorang lelaki. Dalam kumpulan itu terdapat anak kecil perempuan dengan rambut terurai sambil menangis. Untuk mengetahui keadaan anak kecil itu, Hasan Basri mengikuti jenazah itu.

gambar sekadar hiasan

               Dalam masa berjalan itu berkata anak kecil itu,”Wahai ayahku, mengapakah tiba hari yang semacam ini dalam hidupku?”

                Berkata Hasan Basri,”Wahai anak kecil, tidak akan datang lagi hari seperti ini kepada ayahmu.”

                Setelah Hasan Basri menyembahyangkan jenazah tersebut beliau pun terus pulang. Pada keesokan harinya, Hasan Basri pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang subuh, setelah selesai solat, Hasan Basri balik ke rumahnya dan duduk dekat pintu rumahnya.

                Ketika Hasan Basri duduk dekat pintu itu, dia terpandang budak perempuan yang kematian ayahnya semalam menuju ke kubur ayahnya untuk ziarah.

                Berkata Hasan Basri dalam hatinya,”anak kecil ini nampaknya seperti cerdas, ada baiknya kalau aku ikuti dia, mungkin dia akan menyebut perkataan yang bermanfaat bagiku.” Hasan Basri mengikut budak perempuan itu dari belakang, apabila sampai di tempat perkuburan ayah kanak-kanak itu, Hasan Basri pun bersembunyi.

                Anak kecil itu memeluk kubur ayahnya dan meletakkan pipinya dia atas tanah sambil menangis dia berkata, “Wahai ayahku, bagaimana kamu tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku nyalakan lampu untukmu, sekarang siapakah yang menyalakan lampu untukmu malam tadi?”

                Berkata anak kecil itu lagi,”wahai ayahku, kelmarin dulu aku menghamparkan tempat tinggalmu, siapakah yang menghamparkan tempat tidurmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku picitkan kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku balikkan tubuhmu dari satu tempat ke satu tempat, siapakah yang membalikkan tubuhmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku tutup tubuhmu yang terbuka, siapakah yang menutupmu malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memberimu minum, siapakah yang memberimu minum malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku merenungi wajahmu, siapakah yang merenungimu malam tadi?”

                “Kelmarin dulu kamu memanggil kami dan kami menjawab panggilanmu, siapakah yang kamu malam tadi dan siapa pula yang menjawab panggilanmu? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memberimu makan makanan yang menjadi kegemaranmu apabila kamu memerlukan, siapakah yang memberimu makan makanan yang menjadi kegemaranmu malam tadi?” 


gambar sekadar hiasan

                Berkata anak kecil itu lagi,”Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memasakkan berbagai makanan untukmu, siapakah yang memasakkan untukmu malam tadi?”

                Sebaik sahaja Hasan Basri mendengar kata-kata anak kecil itu, beliau pun menangis dan memperlihatkan dirinya kepada anak kecil itu. Berkata Hasan Basri,”Wahai anakku, janganlah kamu mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi katakana seperti ini: Wahai ayahku, kami telah menghadapkan kamu kearah kiblat, apakah kamu tetap berkeadaan demikian atau kamu telah dihadapkan kearah lain? Wahai ayahku, kami telah mengafani kamu dengan baik, apakah kafanmu itu tetap seperti itu atau telah ditanggalkan darimu? Wahai ayahku, kami telah meletakkan kamu ke dalam kubur sedangkan badanmu masih utuh, apakah badanmu tetap utuh atau telah dimakan cacing? Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama’ berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sesetengah manusia (yang beramal soleh) dan disempitkan bagi sesetengah manusia (yang ingkar pada perintah Allah),apakah kuburmu itu terasa sempit atau lapang rasanya bagimu? Sesungguhnya para ulama’ berkata bahawa setengah mereka diganti kafannya dengan kafan dari syurga dan sebahagian lainnya digantikan dengan kafan dari neraka. Apakah kafanmu itu diganti dengan kafan syurga atau kafan neraka?”

                “Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama’ berkata bahawa kubur itu ialah tempat menentukan salah satu kebun ke syurga atau salah satu parit ke neraka.” 
gambar sekadar hiasan

                “Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama’ berkata kubur itu memeluk setengah penghuninya seperti seorang ibu memeluk anaknya dan kubur juga akan membenci serta menghimpit setengah penghuninya hingga bertelagah tulang rusuknya. Apakah kubur ini memelukmu atau menghimpitmu?”

                “Wahai ayahku, para ulama’ berkata bahawa sesiapa yang diletakkan dalam kubur, kalau dia seorang yang taqwa, dia pun akan menyesal kerana kurang membuat amal kebaikan dan apabila seseorang itu orang yang berdosa dia akan menyesal mengapa dia melakukan maksiat. Apakah kamu menyesal atas dosa-dosamu atau kamu menyesal kerana kurang amal kebaikkanmu?”

                “Wahai ayahku, jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku, tetapi aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?”
                Berkata anak kecil itu,”Ya Pak Cik, alangkah baiknya perkataan yang engkau ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai.”

                Setelah itu,Hasan Basri dan anak kecil itu pun balik ke rumah masing-masing dalam keadaan menangis.

                Kisah ini hendaklah kita jadikan teladan kepada diri kita sendiri, kerana setiap kita akan mati dan setiap yang sudah mati itu akan menghadapi satu alam yang sangat hebat iaitu alam kubur. Kita tidak tahu bagaimana keadaannya kubur kita, tetapi yang harus kita tahu ialah siksa kubur itu amat pedih sekali.


gambar sekadar hiasan


                Oleh itu hendaklah kita sentiasa melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Insya-Allah, dengan rahmat dari-Nya akan selamatlah kita dari siksaan kubur itu.

                                                                                               -Admin Izham-

         Bak kata orang, nak mati senang, nak hidup payah! Iye la, nak hidup ni bukan senang, kena tempuhi banyak cabaran hidup sampai rasa nak gila! Nak mati pulak senang, ambil pistol, tembak je kat kepala! Haaa..! Terus MATI! :P hehee~ Actually, salah tu kawan! azab kat kubur lagi seksa woo kalau bunuh dirii..!!

         Sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup kita ni memang dah ditulis sejak azali lagi, tapi kenapa ada segelintir manusia hidup di dalam kesesatan seperti terjebak dengan gejala sosial, penyalahgunaan dadah & macam-macam lagi la! Kenapa? semua ini ditulis sejak azali lagi kaa?? so salah tuhan la ni?? kamu silap kawan, Tuhan memang dah tetapkan JALAN untuk kita tuju & setiap jalan tu Tuhan dah tetapkan apa yang akan berlaku. Manusia bertuah kerana diberi pilihan, Meh nak bagi contoh:

         Terdapat Jalan ke simpang A & B, Kita naik kereta.. xkira la kereta apa pun, BMW ke, Mercedis ke, Waksegan ke.. (Volkswagen). Simpang A merupakan jalan berlumpur tetapi cepat untuk sampai ke destinasi, manakala Simpang B mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi tetapi jalan ni elok, rata.. Jadi pilihan di tangan kita, Jalan A akan menyebabkan kereta kita kotor akibat lumpur & mungkin akan tersangkut di dalam lumpur! Walaupun jalan B mengambil masa yang lama, tetapi kita akan sampai ke destinasi tersebut dengan selamat! :)

          Pendek kata, Nasib ditentukan berdasarkan PILIHAN yang kita lakukan, jangan sesekali menyalahkan takdir ye.. sama2 la kita mencegahnya! Ganbattne!!

Ni haaa..!! Nak kongsi madah yang dipetik dari lagu ambe sendiri.. huhu.. jiwang la plak! :



Kejar cita2 sebelum kejar cinta ok??



Ini merupakan imej blog lama.. nampak terlampau memeningkan jadi pihak admin ubah imej blog ni menjadi lebih ringkas supaya pembaca tak pening.. hehe.. 







Setiap orang ada hobi masing2.. termasuk la saya yang kerdil ni.. huhu~ Saya memang minat menyanyi.. dari dulu sampai skrg.. atau lebih tepat lagi semenjak darjah 5.. selalunya saya akan berlatih vokal di rumah (dalam bilik) atau di karaoke box pusat komersial seksyen 7 shah alam. Kadang2 berlatih dengan kawan2, kadang2 sorang je..

Kawan2, cikgu, pensyarah DLL pun pernah suruh saya join mana2 pertandingan nyanyian.. tapi saya tak pernah ada peluang nak pergi sebab ada banyak komitmen lain.. Lagipun saya bukannya berani sangat naik atas stage/pentas.. seram! Maklumla, seorang yang pemalu la katakan.. hehe.. Pernah wat show pun time skolah dlu.. dan tak lupa jugak masa buat show kat uptown.. karaoke saje2.. test power.. kwang3 



Teringin juga nak ada band sendiri.. xpernah wat show secara live dengan band, teringin sangat2.. kalau dapat wat skali pun saya akan puas! Sesiapa nk wat show nanti, ajaklah saya ye.. nanti saya update dalam blog ni, huhu.. Namun begitu, saya ada target saya sendiri.. saya nak cuba mnyanyi kat semua tempat yang disediakan pentas untuk menyanyi.. nk luaskan lagi jajahan!


Menyanyi tetap best & sronok.. dapat hilangkan tensyen n so on.. sesiapa yang duduk berhampiran dengan pusat komersial sek7 shah alam, boleh la karaoke skali dgn saya k.. Adios! haha!

Comel iklan ni.. hehe.. cuba malaysia wat macam ni jugak.. huhu~



Selamat sejahtera kawan-kawan.. sini ada satu lagu best.. dalam versi jepun & Versi English.. penyanyi yang berbeza.. jom Layann..



Ok.. Apa yang korang akan buat kalau rasa sedih? sebab saya rasa sedih sangat2 malam ni.. xtau lah kenapa.. Bila sedih, akan teringat semua masalah.. Teruk betul kan? em.. Selalunya saya yg bagi tips kan? kali ni saya nak minta tips2 dari korang pulak.. haha.. xboleh xpe.. have a good day friends.. see ya!





Salam 1 Malaysia.. huhu.. balik kerja terus update blog.. mcm xde keje lain pulak.. Letih xpe, asal dapat permudahkan lagi untuk kita berhubung..

TQ kepada semua yang menyokong saya, walupun hanya 2000 pelawat, saya tetap rasa gembira & saya akan teruskan usaha untuk jadi yang lebih baik!! Saya di sini ingin memohon maaf kerana tidak dapat update blog ini baru2 ni kerana

Esok saya start kerja balik kat Restoran Burger Bakar Abang Burn shah alam ni.. dah lama sangat cuti.. Restoran ni best sangat, kalau korang ada masa, korang datang la ye, singgah makan kat situ.. Sedap! tak tipu! huhuu~ nanti saya akan wat entry pasal Burger Bakar Abang Burn ni.. nantikan la ye.. wink3

ni gambar2 burgernya:



Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu terhadapnya. Berikut 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak cinta sahabatmu itu.

1. Tidak sesuai bercintaDidalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.

2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.

3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.

4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya

5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu

6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.

7. Beritahu kamu sudah ada calon lainNyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.

8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.

Kehadiran sehabat karib di sisi boleh di anggap sebagai satu anugerah yang tidak ternilai hebatnya. untuk memastikan hubungan persahabatan itu mampu bertahan lama, kamu perlu bijak mengendalikannya. Salah satu cara yang paling mudah adalah, membeli jiwa sahabat. Disini diberikan 14 tip berkesan untuk membeli jiwa sahabat.

Adakah anda gembira dengan artikel, informasi dan segalanya disini? Kami ingin melihat perasaan anda mengenai laman blog ini. Pilih ikon perasaan anda dengan Klik happy news O-meter di sebelah

1. Pujipenampilannya, khususnya di hari-hati istimewa sahabat seperti di hati jadinya atau ketika sahabat ingin melangkah ke sesuatu majlis istimewa.

2. Ketika sahabat tidak menyedari, dandanan rambutnya tidak rapi, dengan spontan kamu bantu sahabat untuk merapikannya.

3. Temankan sahabat sewaktu si sahabat sedang sibuk berdandan untuk memenuhi temu janji pertamanya bersama si dia,

4. Pujilah sahabat di depan kekasihnya, secara tidak langsung kekasih hati sehabat kamu itu tahu tentang kelebihan taman wanitanya itu. Jadi, kekasihnya akan bertambah sayang pada sahabat kamu itu. Sahabat pasti akan lebih menghargai kamu.

5. Ucapkan 'terima kasih' jika si sahabat menginap di rumah kamu. Tindakan kamu itu secara tidak lang sung menggambarkan bahawa kamu cukup senang dengan kehadirannya.

6. Bela dan pertahankanlah sahabat apabila anda rakan lain yang menyindur tentang kesalahannya di hadapan org ramai.

7. Berikan komen positif jika si sahabat membeli sesuatu barang baru, sahabat pasti gembira jika kamu menyedari setiap pertambahan barang miliknya.

8. Jangan kedekut dengan ketawa jika si sahabat menceritakan sesuatu kisah lucu dengan kamu. walaupun kamu pernah mendengar cerita lucunya itu sebelum, tetaplah ketawa.

9. Sesekali, kamu boleh mengajak sahabat memakai baju yang sama atau seakan-akan sama dengan kamu. tetapi, kamu berilah sahabat yang memilih sendiri tema baju yang diinginkanya

10. Berikan sahabat kejutan dengan menyelitkan coklat kegemarannya di mana-mana tempat yang disedari oleh sahabat

11. Jika sahabat berada dalam keadaan penat atau selepas mengalami emosi marah, tidak salah jika kamu memberikan urutan riungan kepadanya. dengan cara ini, kamu boleh membantu sahabat meredakan tekanannya.

12. cuba kamu kumpulkan gambar dan maklumat tentang artis atau apa jua perkara yang di gemari oleh sahabat. kamu berikan kepada sahabat, pasti sahabat menghargainya.

13. Jadikan pemaaf, tetap tersenyum sekiranya sahabat berpatahkan sepit rambut kecil milikmu. kamu boleh beli yang baru kan

14. Sewaktu sahabat menyatakan rasa kesalnya selepas melaukan sesuatu kesalahan, kamu suarakan padanya "jangan bimbang, kamu masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan".

Marshable.. first time dengar? ni laman sosial yg direka khas untuk rakyat malaysia, dengar cerita laman ni dikhaskan untuk mencari jodoh.. haha.. konsepnya sama macam facebook.. sama tapi tak serupa!
ini laman utama marshable
Laman utama ni seakan2 Facebook tapi dilengkapi dengan pelbagai element2 menarik seperti pages, Blog, Forum, Event, Music, Market Place & Streaming.




Shoutbox 
Yang ni pulak Shoutbox, tempat untuk berkomunikasi secara pantas dengan semua kawan2 @ pengguna Marshable ni. Seronok la dapat chat dgn semua kawan baru tapi ramai sangat yang post komen sampai pening dibuatnya.. huhu.. 








Sini tempat nak Add friends baru


















Ni pulak pages..
















Photos



Videos



















Events
















Music, boleh mainkan mp3 terus


Yang ni saya suka, Marketplace.. hehe.. tempat berniaga
















Games


















Korang jugak boleh Customize Dashboard korang untuk cantikkan lagi laman ni mengikut citarasa masing2















Pendaftaran adalah percuma! Klik kat sini untuk daftar..

Em.. rasanya tu la kot.. korang boleh la mengembara sendiri.. kalau da daftar tu, add la saya.. haha.. Fizzi Zain



Muka depan Marshable semasa pendaftaran masuk

Rasanya tu je stakat ni.. smoga terhibur.. nak tido..!! Zzzzz...










Adoiii.. apa khabar semua? harap sihat2 slalu.. huhu~ ni saya cadang nak tukar wajah blog ni supaya nampak lebih GAH! haha.. tapi dalam perancangan lagi la tu.. wink3

Subscribe to: Posts ( Atom )

PENULIS BLOG

Kijang hitam atau Fizzi Zain merupakan seorang freelancer dalam pelbagai bidang. Blog ini merupakan salah satu pentas untuk beliau berkongsi segala pengalaman beliau. Nice to meet you! Estetika untuk semua.








Chat Software

Throw Back!

  • ►  2015 (7)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
  • ▼  2013 (20)
    • ▼  October (4)
      • Chopstik-chopstik Yang Kreatif..!!
      • 70 Mutiara Kata Cinta
      • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!
      • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
    • ►  September (4)
      • Anti Kelantan Lagi
      • Tanda-Tanda Kiamat
      • Kisah Anak Kecil dengan Hasan al-Basri
      • Manusia Diberi Pilihan Untuk Mengubah Nasib Mereka
    • ►  February (1)
      • Blog Lama
    • ►  January (11)
      • Vokalis
      • Iklan Jepun Yang Comel
      • Lagu Best!!
      • Sedih..
      • Facebook Comment!
      • 2000 Visitors!!
      • Kerja! Lalalalaa~
      • 8 tips Menolak Cinta Sahabat Baik
      • 14 Tips Menjaga Hati Sahabat
      • Marshable, Laman Sosial Malaysia Yang Pertama
      • Sibuk, Sibuk, Sibuk....!!
  • ►  2012 (48)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (38)
  • ►  2011 (1)
    • ►  December (1)

HEBAHAN TERKINI

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!
  • Anti Kelantan Lagi
  • 60 tips cari Jodoh

Instagram



Menarik Untuk Semua

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Cara-cara Membina Motivasi Diri
  • 70 Mutiara Kata Cinta
  • Chopstik-chopstik Yang Kreatif..!!

Tutorial Untuk Semua

  • 7 Tips Beraya Ke Rumah kekasih
  • Tip-tips cemerlang untuk belajar sambil bekerja
  • Tips Keselamatan Ketika Berada Di Luar Negara
  • Cara memilih kamera digital dengan betul
  • Tips Tidur Lena
  • 4 Cara Mudah Untuk Awet Muda
  • 25 tips menguruskan berat badan
  • 50 Cara Memikat Lelaki
  • Petua Elak Mengantuk Ketika Memandu
  • Cara-cara Memegang Chopstik
  • 60 tips cari Jodoh
  • 15 Cara Unik Mengikat Tali Kasut
  • Petua Menjadi Ibubapa yang Cemerlang
  • 5 cara meramal cuaca
  • Panduan mengikut isteri pergi shopping
  • Tips Membeli Telifon Bimbit
  • 10 tips Menjadi suami soleh
  • Cara melipat baju dengan cepat
  • Tips Elak Trauma Kecewa
  • Tips memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang
  • Tips Memujuk Kekasih Wanita
  • 8 Tips Mengatasi Malas
  • Teknik-teknik Bersolek
  • Tips Nak Rambut Cepat Panjang
  • 14 Tips Menjaga Hati Sahabat
  • 8 tips Menolak Cinta Sahabat Baik
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!

Rahsia Untuk Semua

  • Rahsia Tahi Lalat
  • Rahsia Lelaki Mengikut Zodiak
  • Rahsia Cara Berjalan Wanita
  • Rahsia Kentut
  • Rahsia Bibir Wanita
  • Rahsia Tapak Tangan
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
  • Rahsia Perempuan.. Lelaki Wajib baca..!!
  • 5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA
  • Rahsia Tarikh Kelahiran Dengan Pasangan Ideal
  • Rahsia Huruf Pada Nama
  • Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
  • 10 Rahsia Lelaki
  • Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Bercakap

Dakwah Untuk Semua

  • Manusia Diberi Pilihan Untuk Mengubah Nasib Mereka
  • Kisah Anak Kecil dengan Hasan al-Basri
  • Tanda-Tanda Kiamat
Copyright Reserved by Fizzi Zain's Faith. Powered by Blogger.

Posting Terbaharu

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak

Penaja Rasmi FZF

Copyright 2014 Fizzi Zain's Faith.
Designed by OddThemes