Fizzi Zain's Faith
  • Laman Utama
  • Hubungi Saya
Home Archive for January 2012


ada sape2 nk beli?? hehe..



Group Anti Kelantan.. Wajarkah ada group mcm ni di dalam facebook? beribu pulak tu yang like.. Perlu ke kita benci sesama saudara? ish3.. Spatutnya kita perlu hindarkan perkara sebegini supaya tidak berlaku perpecahan bangsa kita.. sendiri boleh menggunakan akal.. Smoga berjaya untuk kita semua! caiyokk..! LIKE2..!



Perkara-perkara yg prlu kita buat tuk elakkan dari trauma akibat terlalu kecewa.

1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. "Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?"

2. Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik-detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yang anda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkan perasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan



 Inilah cara paling senang untuk melipat baju (t-shirt) dalam

beberapa saat,. Klik di sini untuk melihat  videonya.

beritamaya-fold-tshirt01
Pertama, letak kain di atas meja dan ratakan, seperti pada gambar di atas. Lalu ukurlah kain itu dengan kedua tangan anda pada bagian seperti gambar nomor 3 di atas.
beritamaya-fold-tshirt02
Bahagian kain yang diukur dengan tangan kanan anda itu perlu ditarik lurus ke kiri sampai tepi, dan satukan dengan bahagian kain di situ lalu cubit kembali. Tangan anda akan membentuk silang.
beritamaya-fold-tshirt03
kemudian angkatlah seperti gambar nombor 5, kemudian turunkan seperti gambar nombor 6.
beritamaya-fold-tshirt04
Selesai, itulah cara mudah untuk melipat t-shirt, hanya dalam beberapa saat! :D selamat mencuba!

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

Senaman boleh melegakan daripada stress sekaligus dapat mencergaskan badan. Keyakinan dapat ditingkat sekiranya kesihatan terpelihara.

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertasCurahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Bercakap
Sebelum membaca artikel ini seperti biasa la kan, jangan terima bulat-bulat dan bukan semua ciri-ciri yang disenaraikan tepat dengan diri seseorang.
1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.
2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.
3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.
5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.
6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.
7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.
8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.
9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.
10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.




Bukan mudah membongkar rahsia seorang lelaki.Masakan tidak, ada sahaja 'hal sulit' yang seboleh mungkin mahu disorok lelaki sebagai salah satu usaha untuk menyembunyikan kelemahan yang ada.Oleh sebab itulah sebilangan gadis melabelkan lelaki sebagai seorang yang cukup kebal dengan rahsia misteri.Akan tetapi mereka sebenarnya tidak tahu bahawa sikap dan kriteria lelaki boleh dikenalpasti menerusi gerak-geri dan juga perilakunya.Mungkin dengan cara ini, ia sedikit sebanyak boleh membantu gadis dalam menilai mereka. jom check it out :)

 Perlu kamu tahu bahawa lelaki tidak akan tertarik dengan gadis hanya kerana dia mempunyai bentuk fizikal yang menarik.Apa yang pasti, lelaki cukup senang anda berdampingan dengan gadis yang bijak, boleh bersembang mengenai apa sahaja dan tidak mengada-ngada tak kena tempat

 Lelaki juga mudah 'cair' jika gadis yang mereka kenali menyokong minat dan hobi mereka.Contohnya, jika lelaki meminati sukan bola sepak, si gadis memberi sepenuh sokongan padanya.Pada masa yang sama, lelaki juga senang dengan gadis yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya

 Lelaki bukan seorang yang 'mesra' telefon! Itu perkara yang perlu diketahui si gadis.Sudah menjadi adat bercinta, si gadis akan naik berang jika SMS yang dihantar buat kekasih hati lambat dibalas.Namun kamu perlu sedar bahawa lelaki bukan jenis yang 'bersama' telefon 24 jam.Mereka lebih gemar melakukan aktiviti lain selain dari berSMS!

 Hampir 50% responden kaum Adam di negara membangun mengakui lelaki dari Itali adalah kelomok yang begitu peka dengan fesyen.Jadi sebagai kekasihnya, lelaki cukup suka andai kamu memberi idea atau menegur mengenai gaya pemakaiannya.Tapi, teguran kamu biarlah berlapik ya..

 Majoriti lelaki akan berasa serba tidak kena apabila mahu mempelawa gadis yang mereka suka untuk keluar dating buat kali yang pertama! Jadi jika kamu berada dalam situasi ini, cuba untuk menenangkan lelaki itu dengan berbual-bual topik ringan dengannya misalnya tentang filem terbaharu atau lagu kegemarannya

 Lelaki cukup pantang dengan leteran dari gadis! Kamu perlu sedar bahawa lelaki tidak suka dikongkong.Jadi adalah baik kamu menasihatinya andai si dia ada melakukan kesilapan dari terus 'menghamburkan' leteran yang meleret-leret.Panas telinganya nanti !

 Lelaki kurang mengerti dengan bahasa tubuh kamu.Lebih teruk, lelaki juga tidak paham dengan makna kata-kata kiasan yang kamu tuturkan padanya.Tapi, jangan mudah melenting kerana lelaki sememangnya tidak suka dengan 'bahasa' yang berkias-kias.Jika ada perkara yang kamu tidak puas hati, cakap sahaja padanya

 Pita suara lelaki adalah lebih panjang berbanding perempuan.Saluran nafas mereka 30% lebih besar.Jadi tidah hairanlah jika suara lelaki lebih kuat dan besar terutamanya apabila dengar mereka 'menjerit'

 Berapa ramai perempuannya yang cantik-cantik, kamu perlu tahu bahawa lelaki hanya mempunyai seorang gadis sebagai temah sehidup semati.Ya, lelaki sering dicop sebagai seorang yang nakal, suka mengusik perempuan dan sebagainya.Tapi ketahuilah bahawa anda si dia sudah bersedia untuk mempunyai komitmen, mereka hanya akan memberikan tumpuan seorang gadis sahaja

 Akhir sekali, lelaki juga lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran. Terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan keseronokkan dan kebebasan. Tidah hairanlah andai teman lelaki kamu mula 'berubah' sikap setelah berjumpa dengan rakan-rakannya.Hmmm bila bersama kamu, mereka menjadi "OK" balik
SUMBER: mISS-DyA







Berikut adalah tips-tips tersebut. Cuba amalkan sedikti-demi-sedikit ke dalam kehidupan seharian anda. Tidak perlu lakukan perubahan terlalu drastik :
  • Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin.

  • Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.

  • Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.

  • Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran.

  • Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri anda sendiri.

  • Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah.

  • Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
  • Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
  • Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami.
  • Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.
Itulah dia beberapa tips yang dapat saya kongsikan khusus bagi anda seorang lelaki yang ingin menjadi seorang suami yang soleh InsyaAllah..! Semoga Berjaya!






Tidak sukar untuk mengenali lelaki. kamu pasti boleh menambat hati si dia jika tahu menilai setiap pergerakannya. Benarlah lelaki tidak gemar mengungkaapkan perasaan melalui kata-kata. justeru perbuatan dan tingkah lakunya lebih makna dan mampu menyampaikan apa yang dirasai pada gadis yang di puja. Agaknya apa bahasa tubuh pakwe anda?

1. Menganggukkan kepala
Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala itu membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.

2. Mendekatkan badan.
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual. dia adalah lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya. tetapi sayang, kadang-kadang si dia bersikap keterlaluan. AWAS!

3. MerenungOpss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan dari individu disekelilingnya. Sebolehnya dia mahu dirinya 'ditawarkan` dengan cinta, persahabatan dan kerjaya kerana tak mahu sibuk mencarinya.

4. Mengerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam. Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. olth itu, setiap gerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiriApabila bercakap, sia dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepetingan dirinya dan pantang mengalah.

6. Memandang mata
ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat atau tidak hubungannya dengan individu tersebut.

7. Sensitif pada jarakApabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia amat peka terhadap perasaan individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8. Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.

Selamat Memahami.. huhu!



Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada. 





Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.


A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E = anda sentiasa









Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb


Salam Sejahtera,
Tips yang abang F ingin kongsikan berkenaan pemilihan Hand Phone:
1. Kenalpasti tempat atau lokasi pembelian HP anda
Contohnya, kat KL, ada banyak tempat untuk kita membeli HP.. Seperti di Sungai Wang, Lowyat, Kotaraya dan Pertama Complex.. Korang kene la bijak memilih tempat2 jualan HP ditempat korang.. Kerana, berdasarkan pemerhatian abang F, tempat2 yang lain menyajikan harga HP yang berlainan.. Tapi korang kene hati2 jugak, tempat yang murah tak semestinya bagus.. (Contoh di Pertama Complex, harga HP disitu memang murah, namun kebanyakkan rakan2 abang F cerita yang disitu jual HP rekon, dan bile rosak diaorang xmau tanggung walau masih dalam warranty..) So, korang kene bijak dan banyak bertanya orang.. Jangan bodoh sombong dan berani tak bertempat..
Carilah tempat yang ada kedai HP yang banyak, kelebihan2 yang anda boleh perolehi ditempat seperti ini ialah:

a) Dapat harga yang murah dan berpatutan. Kerana persaingan banyak.
b) Dapat mensurvey HP dalam pelbagai jenama dan model.
Tips kedai yang “meyakinkan”:

a) Ramai pengunjung.
b) Tempat tetap:
     - Pilih kedai yang shop-lot.
     - Jika ingin membeli di tepi2 koridor shopping complex, pastikan anda betul2 yakin.
c) Penjual yang boleh berkerjasama (tak sombong bila bertanya)
2. Kenalpasti dan pilih HP baru anda.
Terdapat pelbagai cara untuk anda memilih model2 HP kesukaan anda.

a) Bertanya kepada kawan2 yang lebih arif @ yang selalu menukar HP.
b) Cuba dan

Dunia sudah semakin moden dan masa juga telah merubah segalanya... Untuk melihat seorang gadis masih dara atau tidak sememang sukar untuk ditentukan. Mungkin hanya individu itu sahaja yang mengetahuinya. Namun masih ada teknik dan rahsia yang tertentu yang dapat membezakan semua ini. Anda tidak perlu melihatnya semasa di malam pertama. Ada beberapa ciri fizikal pada tubuh wanita dara atau tidak.Mungkin anda mahu mengetahui apa ciri-cirinya?

1. Dahi
Bagi wanita yang masih dara akan mempunyai dahi yang halus dan licin. Dan jika tidak sucilagi, maka akan muncul kedutan yang tidak begitu terlihat dan samar-samar. Ciri ini tolongbezakan dengan kedutan kerana usia. Kedutan kerana sudah tidak perawan, terlihat samar-samar dan akan terlihat jelas semasa tertawa atau bercakap.

2. Mata
Ciri pertama boleh kita lihat pada matanya. Jika wanita yang sudah tidak perawan bahagian bawah kelopak mata terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (hitam) kemerahan. Atau adatambahan garis keriput. Sedangkan jika masih suci maka matanya cerah berseri.


3. Hidung
Seorang gadis yang masih suci dari jamahan lelaki hidung belang, mempunyai ciri fizikalpada hidungnya. Apa itu? iaitu pada hujung hidung terlihat ciri kemerah-merahan.Sedangkan untuk gadis yang sudah tidak perawan akan mempunyai warna merah tapi lebih pucat.

4. Pipi
Jika gadis masih perawan maka pipinya akan menggairahkan dan merah segar. Kalau seorang wanita sering dicium kesannya adalah pipinya menjadi tidak merah lagi. Ciri lainboleh dilihat jika seorang pipi dari wanita tidak perawan terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas.

5. Telinga
Seorang wanita yang sama sekali belum tersentuh oleh lelaki boleh juga dilihat cirinya pada telinga. Bagi wanita perawan maka telinganya akan akan nampak halus dan bersih.Sedangkan telinga pada wanita yang sudah tidak perawan akan menjadi sedikit leper.Kerana waktu malam sering digigit :)

 
Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri perawan tapi kerana ia melibatkan organ-organ sensitiflebih baik tidak tidak diceritakan :) . Ciri-ciri diatas sudah cukup untuk membezakan mana wanita yang masih dara atau tidak. 


AAP - Mungkin perkara diatas hanya di jelaskan secara rambang dan bukan suatu ketetapan, ianya boleh berubah mengikut situasinya. Namun bak kata pepatah agak dengan pengukur itu.. kan tidak jauh :)

Wassalam, Wa'allahhualam.


Kenapa lelaki ini sering kali berpisah dengan kekasihnya? Sebenarnya tanpa kita sedari, kita melakukan kesilapan.. jadi untuk mengelakkan berlakunya perkara macam tu, kita sebagai lelaki perlu mengetahui isi hati perempuan dahulu! jangan rakus! hehee~

Perempuan suka:
- lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym
- pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
- bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5
- ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
- ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
- pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc.
- pandai buat lawak expecially dpn pompuan
- tau jalan2 dekat US ni – boleh lead bila pegi travel
- pandai programming – bleh buat website lawa2 
- walaupon rock tapi




Siapa kata aku sedih,
Bila kau tinggalkan aku sendri,
Kerna ku tiada apa,
Hanyalah cinta…

Siapa kata aku menagis,
Bila kau pergi dengan yang lain,
Pergilah kau pergi,
Tiada siapa peduli…

Ku sedar aku tiada apa,
Tuk ku berikan padamu,
Ku sedar aku tak kaya,
Motor saja bukan kereta..

Aku sedar aku tiada guna,
Hanya cinta bukan wang,
Ku sedar aku siapa,
Anak kampong bukan kota….


Penyair: Izzat
Contact: https://www.facebook.com/mohdkhairulizzat.myki




1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".

2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke kompleks membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.

6. Kalau dia meminta second opinion dengan kata-katanya, "Pelik tak abang kain ni untuk saya?" berilah pandangan dengan kata- kata, "Pada pandangan abang ......" Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap. Ini menimbulkan rasa kecewa terhadap dirinya kerana anda seolah-olah tidak mengambil peduli tentangnya.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Bahaya! Dia nampak tau! Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.

10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet! Demi keselamatan dan maruah! siapa tahu kan?? Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantisi lorong- lorong komple



WANITA TANAH 

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) 

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang


Masa sekolah dulu saya dikenali sebagai peramal cuaca sebab dapat tau bila hujan, bila tak.. hehe.. macam pelik je kan? Jadi kali ni saya nak tunjuk cara untuk meramal cuaca melalui bentuk awan.Terdapat beberapa jenis awan yang mungkin dapat membantu anda dalam merancang aktiviti anda seharian.
Cirrus- Keadaan awan ini kebiasaannya berbentuk tirus dan nipis. Ia juga boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Sekiranya awan berbentuk ini berada di kawasan anda, berkemungkinan besar tempat anda akan menghadapi ribut.
Cirrocumulus-  Awan ini berbentuk seperti satu gumpalan kecil yang berwarna putih. Ia juga biasanya akan berada di dalam satu barisan yang panjang. Sekiranya awan seperti ini berada di tempat anda, ia menunjukkan keadaan cuaca yang cerah dan sejuk. Cuaca ini amat sesuai untuk anda merancang aktiviti rekreasi di luar.
Cumulonimbus-  Awan ini pula lebih kelihatan berbentuk seperti gunung atau menara. Keaadaannya juga kelihatan lebih padat daripada awan yang biasa. Awan ini menunjukkan bahawa kemungkinan hujan lebat berserta guruh dan  kilat  atau hujan sehaja akan melanda di tempat anda.
Cirrostratus- Awan ini pula kelihatan seperti suatu hamparan tikar yang besar meliputi seluruh langit.Ia juga menunjukkan isyarat bahawa hujan berkemungkinan akan turun dalam masa antara 15-25 jam lagi.
Cumulus humilis- Awan ini lebih berbentuk seperti gumpalan kecil dan perkembangan menegaknya agak minimum. Tidak seperti awan yang berbentuk gunung tadi yang boleh dilihat dibahagian atas. Awan ini pula menunjukkan isyarat bahawa cuaca bereda di dalam keadaan yang baik.

Bagi kaum wanita, ilmu ini amat penting, amalkan ye.. hehe~ (Majoriti penjemur kain adalah wanita)
Subscribe to: Posts ( Atom )

PENULIS BLOG

Kijang hitam atau Fizzi Zain merupakan seorang freelancer dalam pelbagai bidang. Blog ini merupakan salah satu pentas untuk beliau berkongsi segala pengalaman beliau. Nice to meet you! Estetika untuk semua.








Chat Software

Throw Back!

  • ►  2015 (7)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (48)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ▼  January (38)
      • Gelagat Peniaga
      • Anti Kelantan??
      • Tips Elak Trauma Kecewa
      • Cara melipat baju dengan cepat
      • Cara-cara Membina Motivasi Diri
      • Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Ber...
      • 10 Rahsia Lelaki
      • 10 tips Menjadi suami soleh
      • Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
      • Rahsia Huruf Pada Nama
      • Rahsia Tarikh Kelahiran Dengan Pasangan Ideal
      • Tips Membeli Telifon Bimbit
      • 5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA
      • Rahsia Perempuan.. Lelaki Wajib baca..!!
      • Aku Sedar, Kau siapa..
      • Panduan mengikut isteri pergi shopping
      • Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
      • 5 cara meramal cuaca
      • Petua Menjadi Ibubapa yang Cemerlang
      • 15 Cara Unik Mengikat Tali Kasut
      • 60 tips cari Jodoh
      • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
      • Cara-cara Memegang Chopstik
      • Duit RM1 Yang Mahal..!!
      • Rahsia Tapak Tangan
      • Petua Elak Mengantuk Ketika Memandu
      • 50 Cara Memikat Lelaki
      • Rahsia Bibir Wanita
      • Rahsia Kentut ~ Just For Fun!
      • Rahsia Cara Berjalan Wanita
      • 25 tips menguruskan berat badan
      • 4 Cara Mudah Untuk Awet Muda
      • Rahsia Lelaki Mengikut Zodiak
      • 7 Tips Beraya Ke Rumah kekasih
      • Tips Tidur Lena
      • Cara memilih kamera digital dengan betul
      • Rahsia Tahi Lalat
      • Tips Keselamatan Ketika Berada Di Luar Negara
  • ►  2011 (1)
    • ►  December (1)

HEBAHAN TERKINI

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!
  • Anti Kelantan Lagi
  • 60 tips cari Jodoh

Instagram



Menarik Untuk Semua

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Cara-cara Membina Motivasi Diri
  • 70 Mutiara Kata Cinta
  • Chopstik-chopstik Yang Kreatif..!!

Tutorial Untuk Semua

  • 7 Tips Beraya Ke Rumah kekasih
  • Tip-tips cemerlang untuk belajar sambil bekerja
  • Tips Keselamatan Ketika Berada Di Luar Negara
  • Cara memilih kamera digital dengan betul
  • Tips Tidur Lena
  • 4 Cara Mudah Untuk Awet Muda
  • 25 tips menguruskan berat badan
  • 50 Cara Memikat Lelaki
  • Petua Elak Mengantuk Ketika Memandu
  • Cara-cara Memegang Chopstik
  • 60 tips cari Jodoh
  • 15 Cara Unik Mengikat Tali Kasut
  • Petua Menjadi Ibubapa yang Cemerlang
  • 5 cara meramal cuaca
  • Panduan mengikut isteri pergi shopping
  • Tips Membeli Telifon Bimbit
  • 10 tips Menjadi suami soleh
  • Cara melipat baju dengan cepat
  • Tips Elak Trauma Kecewa
  • Tips memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang
  • Tips Memujuk Kekasih Wanita
  • 8 Tips Mengatasi Malas
  • Teknik-teknik Bersolek
  • Tips Nak Rambut Cepat Panjang
  • 14 Tips Menjaga Hati Sahabat
  • 8 tips Menolak Cinta Sahabat Baik
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!

Rahsia Untuk Semua

  • Rahsia Tahi Lalat
  • Rahsia Lelaki Mengikut Zodiak
  • Rahsia Cara Berjalan Wanita
  • Rahsia Kentut
  • Rahsia Bibir Wanita
  • Rahsia Tapak Tangan
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
  • Rahsia Perempuan.. Lelaki Wajib baca..!!
  • 5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA
  • Rahsia Tarikh Kelahiran Dengan Pasangan Ideal
  • Rahsia Huruf Pada Nama
  • Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
  • 10 Rahsia Lelaki
  • Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Bercakap

Dakwah Untuk Semua

  • Manusia Diberi Pilihan Untuk Mengubah Nasib Mereka
  • Kisah Anak Kecil dengan Hasan al-Basri
  • Tanda-Tanda Kiamat
Copyright Reserved by Fizzi Zain's Faith. Powered by Blogger.

Posting Terbaharu

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak

Penaja Rasmi FZF

Copyright 2014 Fizzi Zain's Faith.
Designed by OddThemes