Kadang-kadang F sedih jugak dengan sikap masyarakat kita yang masih anti terhadap negeri lain, apa pendapat korang?
Home
Archive for
September 2013
Sabda Rasulullah SAW,”Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu lihat 10 tanda;
1.Asap
2.Dajjal
3.Binatang melata di bumi.
4.terbitnya matahari sebelah barat
5.Turunnya Nabi Isa AS
6.Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.Gerhana di Timur
8.Gerhana di barat
9.Gerhana di jazirah Arab
10.Keluarnya api dari Kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
2.Dajjal
3.Binatang melata di bumi.
4.terbitnya matahari sebelah barat
5.Turunnya Nabi Isa AS
6.Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.Gerhana di Timur
8.Gerhana di barat
9.Gerhana di jazirah Arab
10.Keluarnya api dari Kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal
maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya dari sejak Nabi
Adam AS sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara
luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara
kedua matanya tertulis perkataan ‘ini adalah orang kafir’.
gambar sekadar hiasan |
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard akan keluar di Kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa AS dan Cincin Nabi Sulaiman AS.
Apabila
binatang ini memukulkan tongkatnya pada dahi orang yang beriman, maka
tertulislah di dahi orang itu ‘ini adalah orang beriman’. Apabila cincin
dipukulkan pada dahi orang kafir maka akan tertulis ‘ini adalah orang kafir’.
gambar skadar hiasan |
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqurnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air Laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah
SAW telah bersabda,”Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak
laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi, memakan riba, banyaknya anak-anak zina,
orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik bersuara lantang di dalam
masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq.
Berkata
Ali bin Abi Talib,”Akan datang suatu masa di mana islam itu hanya akan tinggal
namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan
sahaja. Mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir
menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para
ulama’, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada
mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda
Rasulullah SAW,”Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang
dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat
dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat
kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya,
suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang-orang fasik,
orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan
kerana takut akan siksaan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda Kiamat.”
-Admin Izham-
-Admin Izham-
Dikisahkan
dalam sebuah riwayat, ketika Hasan al-Basri sedang duduk dekat pintu rumahnya,
lalulah orang ramai membawa jenazah seorang lelaki. Dalam kumpulan itu terdapat
anak kecil perempuan dengan rambut terurai sambil menangis. Untuk mengetahui
keadaan anak kecil itu, Hasan Basri mengikuti jenazah itu.
gambar sekadar hiasan |
Berkata
Hasan Basri,”Wahai anak kecil, tidak akan datang lagi hari seperti ini kepada
ayahmu.”
Setelah
Hasan Basri menyembahyangkan jenazah tersebut beliau pun terus pulang. Pada
keesokan harinya, Hasan Basri pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang
subuh, setelah selesai solat, Hasan Basri balik ke rumahnya dan duduk dekat
pintu rumahnya.
Ketika
Hasan Basri duduk dekat pintu itu, dia terpandang budak perempuan yang kematian
ayahnya semalam menuju ke kubur ayahnya untuk ziarah.
Berkata
Hasan Basri dalam hatinya,”anak kecil ini nampaknya seperti cerdas, ada baiknya
kalau aku ikuti dia, mungkin dia akan menyebut perkataan yang bermanfaat
bagiku.” Hasan Basri mengikut budak perempuan itu dari belakang, apabila sampai
di tempat perkuburan ayah kanak-kanak itu, Hasan Basri pun bersembunyi.
Anak
kecil itu memeluk kubur ayahnya dan meletakkan pipinya dia atas tanah sambil
menangis dia berkata, “Wahai ayahku, bagaimana kamu tinggal di dalam kegelapan
kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur? Wahai ayahku, kelmarin dulu
aku nyalakan lampu untukmu, sekarang siapakah yang menyalakan lampu untukmu
malam tadi?”
Berkata
anak kecil itu lagi,”wahai ayahku, kelmarin dulu aku menghamparkan tempat
tinggalmu, siapakah yang menghamparkan tempat tidurmu malam tadi? Wahai ayahku,
kelmarin dulu aku picitkan kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu
malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku balikkan tubuhmu dari satu tempat
ke satu tempat, siapakah yang membalikkan tubuhmu malam tadi? Wahai ayahku,
kelmarin dulu aku tutup tubuhmu yang terbuka, siapakah yang menutupmu malam
tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memberimu minum, siapakah yang memberimu
minum malam tadi? Wahai ayahku, kelmarin dulu aku merenungi wajahmu, siapakah
yang merenungimu malam tadi?”
“Kelmarin
dulu kamu memanggil kami dan kami menjawab panggilanmu, siapakah yang kamu
malam tadi dan siapa pula yang menjawab panggilanmu? Wahai ayahku, kelmarin
dulu aku memberimu makan makanan yang menjadi kegemaranmu apabila kamu
memerlukan, siapakah yang memberimu makan makanan yang menjadi kegemaranmu
malam tadi?”
gambar sekadar hiasan |
Berkata
anak kecil itu lagi,”Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memasakkan berbagai
makanan untukmu, siapakah yang memasakkan untukmu malam tadi?”
Sebaik
sahaja Hasan Basri mendengar kata-kata anak kecil itu, beliau pun menangis dan
memperlihatkan dirinya kepada anak kecil itu. Berkata Hasan Basri,”Wahai
anakku, janganlah kamu mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi katakana
seperti ini: Wahai ayahku, kami telah menghadapkan kamu kearah kiblat, apakah
kamu tetap berkeadaan demikian atau kamu telah dihadapkan kearah lain? Wahai
ayahku, kami telah mengafani kamu dengan baik, apakah kafanmu itu tetap seperti
itu atau telah ditanggalkan darimu? Wahai ayahku, kami telah meletakkan kamu ke
dalam kubur sedangkan badanmu masih utuh, apakah badanmu tetap utuh atau telah
dimakan cacing? Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama’ berkata bahawa kubur itu
dilapangkan bagi sesetengah manusia (yang beramal soleh) dan disempitkan bagi
sesetengah manusia (yang ingkar pada perintah Allah),apakah kuburmu itu terasa
sempit atau lapang rasanya bagimu? Sesungguhnya para ulama’ berkata bahawa
setengah mereka diganti kafannya dengan kafan dari syurga dan sebahagian
lainnya digantikan dengan kafan dari neraka. Apakah kafanmu itu diganti dengan
kafan syurga atau kafan neraka?”
“Wahai
ayahku, sesungguhnya para ulama’ berkata bahawa kubur itu ialah tempat
menentukan salah satu kebun ke syurga atau salah satu parit ke neraka.”
gambar sekadar hiasan |
“Wahai
ayahku, sesungguhnya para ulama’ berkata kubur itu memeluk setengah penghuninya
seperti seorang ibu memeluk anaknya dan kubur juga akan membenci serta
menghimpit setengah penghuninya hingga bertelagah tulang rusuknya. Apakah kubur
ini memelukmu atau menghimpitmu?”
“Wahai
ayahku, para ulama’ berkata bahawa sesiapa yang diletakkan dalam kubur, kalau
dia seorang yang taqwa, dia pun akan menyesal kerana kurang membuat amal
kebaikan dan apabila seseorang itu orang yang berdosa dia akan menyesal mengapa
dia melakukan maksiat. Apakah kamu menyesal atas dosa-dosamu atau kamu menyesal
kerana kurang amal kebaikkanmu?”
“Wahai
ayahku, jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku, tetapi aku
memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?”
Berkata
anak kecil itu,”Ya Pak Cik, alangkah baiknya perkataan yang engkau ucapkan
untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap
orang-orang yang lalai.”
Setelah
itu,Hasan Basri dan anak kecil itu pun balik ke rumah masing-masing dalam
keadaan menangis.
Kisah
ini hendaklah kita jadikan teladan kepada diri kita sendiri, kerana setiap kita
akan mati dan setiap yang sudah mati itu akan menghadapi satu alam yang sangat
hebat iaitu alam kubur. Kita tidak tahu bagaimana keadaannya kubur kita, tetapi
yang harus kita tahu ialah siksa kubur itu amat pedih sekali.
gambar sekadar hiasan |
-Admin Izham-
Bak kata orang, nak mati senang, nak hidup payah! Iye la, nak hidup ni bukan senang, kena tempuhi banyak cabaran hidup sampai rasa nak gila! Nak mati pulak senang, ambil pistol, tembak je kat kepala! Haaa..! Terus MATI! :P hehee~ Actually, salah tu kawan! azab kat kubur lagi seksa woo kalau bunuh dirii..!!
Sebenarnya apa yang berlaku dalam hidup kita ni memang dah ditulis sejak azali lagi, tapi kenapa ada segelintir manusia hidup di dalam kesesatan seperti terjebak dengan gejala sosial, penyalahgunaan dadah & macam-macam lagi la! Kenapa? semua ini ditulis sejak azali lagi kaa?? so salah tuhan la ni?? kamu silap kawan, Tuhan memang dah tetapkan JALAN untuk kita tuju & setiap jalan tu Tuhan dah tetapkan apa yang akan berlaku. Manusia bertuah kerana diberi pilihan, Meh nak bagi contoh:
Terdapat Jalan ke simpang A & B, Kita naik kereta.. xkira la kereta apa pun, BMW ke, Mercedis ke, Waksegan ke.. (Volkswagen). Simpang A merupakan jalan berlumpur tetapi cepat untuk sampai ke destinasi, manakala Simpang B mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi tetapi jalan ni elok, rata.. Jadi pilihan di tangan kita, Jalan A akan menyebabkan kereta kita kotor akibat lumpur & mungkin akan tersangkut di dalam lumpur! Walaupun jalan B mengambil masa yang lama, tetapi kita akan sampai ke destinasi tersebut dengan selamat! :)
Pendek kata, Nasib ditentukan berdasarkan PILIHAN yang kita lakukan, jangan sesekali menyalahkan takdir ye.. sama2 la kita mencegahnya! Ganbattne!!
Ni haaa..!! Nak kongsi madah yang dipetik dari lagu ambe sendiri.. huhu.. jiwang la plak! :
Kejar cita2 sebelum kejar cinta ok??
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)