Fizzi Zain's Faith
  • Laman Utama
  • Hubungi Saya
Home Archive for October 2012


Akhirnya!! sudah melepasi 1000 pelawat dalam masa Seminggu ni..!! Sebenarnya dalam masa sehari, paling sikit sekali pelawat adalah sebanyak 167, yang paling tinggi 250! Terima Kasih saya ucapkan kepada semua kerana memberi tunjuk ajar kepada saya n yang menyokong saya, terima kasih banyak2! nantikan entri2 yang terbaru daripada saya nanti! :D Teruskan menyinggah di blog saya lagi ye..



Hai..! macam mana raya? best? hehe.. untung la dapat balik raya.. saya pula atas sebab-sebab yang tertentu, saya tak dapat balik raya.. sedihnya..!! T___T tapi saya guna peluang ni untuk melihat suasana di pusat komersial seksyen 7 shah alam ini.. pernah main game zombie?? mcm tu la tempat dia..!! hahaaa..!

Ni gambar Suasana di Shah Alam yang sebenar, saya cari di internet.










Baiklah! Seterusnya gambar suasana Hari Raya Aidil Adha:



1. rajin2 basuh rambut korang. paling kurang or paling kerap, 2hari sekali. jangan seminggu sekali baru nak cuci! nnt kelimumur dah berkampung kat atas kepala korang. jangan sampai dorang sempat lantik ketua kampung sudah. *ada ke yang ke yang tak cuci rambut sampai seminggu?

2. kena kan kat matahari. bukan matahari yang panas terik tuh! rosak habeh lahh rambot korang. matahari pagi. sebelum pukul 10 pagi tuh, tuh lahh matahari pagi. alang2 time tengah sidai kain kat rumah tuh, tompang2 lahh jemur2 sikit sekali rambut tuh kat matahari sambil jemur kain. *tok nenek matahari, wa tompang jemur rambut sikit ni..


3. jangan merokok, jangan minum minuman beralkohol ofcoz, and jangan minum minuman berkafien. sebab benda2 ni tak sihat kan? so, secara tak langsung akan bagi effect kat rambut korang gak. effect kat organ badan plak? jangan tanya gua. gua tak pakar bab2 ni. gua bukan doctor. tanya en. google pleseeeeeeeeeeee

4. banyak banyak and banyakkkkkkkkkk kan minum air masakkkkkkkkk. mineral pun boleh rasa nya. sebab kat rumah aku stock air mineral jea ada. so, natang tu jea ah yang aku dok minum hari2.

5. jangan terlalu kerap sikat rambut. aku tak sikat rambut. pas mandi, aku just kemas kan guna jari jea. rambut aku bukan lah macam dalam ikalan rejoice guna cari pon boleh tu. tp boleh jea guna jari even tak cantik camtu. huhu. sebab sikat boleh menyebabkan rambut korang cepat gugur. nnt rambut tak sempat panjang, dah botak. macam mana? haaa. pandai2 korang lahh cari wig pastuh.

6. jangan selalu guna hair blower. aku guna gak natang tu. tapi tak hari2 lahh. agak2 kalau aku ada hair cricis masa aku nak keluar ngn member orboyfriend. terpaksa aku guna gak sebab nak nampak kemas kan. so, jangan guna kerap ah natang ni. nnt rambut rosak. tak sempat nak simpan panjang, dah rosak. nnt terpaksa p kedai potong bahagian rambut yang dah rosak tuh.


7. jangan kerap dye rambut. tak kira ah korang nak dye warna hijau ke biru ke. kalau dah dye satu warna. biar jea. dah potong habis sisa2 warna tu, baru dye warna lain. jangan campor2. rosak habeh rambot korang nnt. 

Sumber: kawan Blog



Assalammualaikum.. salam Aidiladha kepada semua sahabat-sahabat saya..!! ^__^ cuti ke x ni? hehe.. mestilah cuti kan? ada pulak yang tak balik raya.. huhu.. kepada sesiapa yang x balik raya ke kampung tu, jangan bersedih ye? mungkin ada hikmahnya.. sape tau kan? Allah maha mengetahui..!

Masa ini merupakan peluang bagi kita untuk berjumpa dengan sanak saudara bagi mengeratkan lagi hubungan, yang mana tahun lepas tak pergi sembahyang raya kat masjid tu, tahun ni rajinkan diri untuk pergi ok? Solat hari raya korban cuma setahun sekali sahaja..!

Sedihnya dengar takbir raya..T__T apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidiladha..!!

p/s: SAYA TAK BALIK RAYA SEBAB TIKET HABISSS...........!!!!!!!
      Assalammualaikum & Selamat sejahtera kepada semua! dengan ini sy merasmikan blog ini! yeay! Blog ini sebenarnya mengisahkan liku2 kehidupan fizzi yang boleh dijadikan teladan mahupun contoh kepada semua disamping dapat menambahkan lagi ilmu dengan segala info2 seperti artikel2, tip & petua, puisi dan mcm2 lagi la! hehe~

      Jika anda beranggapan bahawa saya membuka pekung di dada, anda salah! hehee~ sebagai sahabat, saya cuma berniat nak berkongsi cerita2 menarik dalam hidup saya sahaja..      saya harap kamu semua support saya ye.. saya masih baru dalam bidang ni.. Sila beri tunjuk ajar.. saya akan lakukan sebaik yang mungkin.. :)

      Ape2 pun, semoga meneroka blog ni & enjoy.. :D
Ha! Tips ni abang F dapat dari kawan sekelas! :D Bersolek bermaksud mendandan diri dengan kemas agar kelihatan ceria dan tampil menawan. Ada yang menggunakan alat mekap yang ringkas, malah ada juga yang menggunakan pelbagai warna dan jenama mahal yang sesuai dengan kulit dan warna muka.
Bersolek bukan sekadar menempek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.

Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.

Nancy Tan, dari Nu Skin berkata, solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai.

"Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan," katanya.
Memakai bedak asas juga kata Nancy memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan.

"Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering," jelasnya.

Tambah Nancy, dalam bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah.
Teknik Bersolek

Langkah satu:
Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (walau sebenarnya dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.
Kata Nancy, mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.

Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.

Langkah dua:
Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.
Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.

"Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul," katanya.

Langkah tiga:Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’.

"Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,"katanya.

Langkah empat:Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.

Secara teorinya kata Nancy, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.

Apa patut tahuWarna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak
Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah
Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai
Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.
Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.


Betul tak kaum wanita? kalau salah tolong betulkan ye.



1.  Tetapkan Kembali matlamat ingin dicapai.

Anda perlu semak semula dan tetapkan kembali apakah objektif (tujuan) yang ingin anda capai. Tanpa tujuan, anda tidak pasti apakah keutamaan hidup dan apakah aktiviti kehidupan yang akan dilakukan.
                Tanpa matlamat, hidup menjadi pasif, terumbang ambing dan cenderung menyerah pada nasib. Inilah yang menyebabkan

kemalasan.
                Justeru, tetapkanlah matlamat murni anda belajar. Paling baik, anda tetapkan tujuan belajar untuk menjadi insan yang mulia di sisi Allah dan di sisi insan.
                Di samping itu, anda ingin Berjaya dalam kerjaya untuk menjadi insane yang berbakti kepada keluarga, masyarakat dan Negara pada masa depan. Ini menghilangkan rasa malas anda.


2. Urus kehidupan anda
Ini amat penting. Kehidupan yang terurus dapat merawat rasa malas. Ada ketikanya, rasa malas timbul bukan disebabkan kerja yang berat dan sukar, malah disebabkan kerja yang remeh-temeh dan kecil. 

                Namun, disebabkan perkara ini tidak terurus dengan baik, maka amat memeningkan, lalu timbullah rasa malas. Cuba, beri beberapa jam untuk mengemaskan telapak kehidupan anda – masa belajar, tempat tidur, fail-fail di dalam cabinet, mahupun fail-fail di dalam computer.
                Apabila semua terurus, apa jua urusan selanjutnya menjadi senang dan mudah. Rasa malas akan pergi meninggalkan anda.


3. Siapkan senarai apa perlu dilakukan.

Elok anda lakukan perkara ini sebelum anda tidur. Dengan adanya matlamat yang ingin dicapai seperti yang dinyatakan diatas, lebih mudah anda membayangkan apakah yang sewajarnya anda lakukan. 

                Maka, sebaliknya pada setiap malam, senaraikan di fail meja atau buku diari anda, tugasan yang mesti anda akan bereskan pada esok hari.
                Tidak kiralah, sama ada ia kerja besar atau kerja kecil. Senaraikan! Pasti anda akan lebih bermotivasi melakukannya nanti pada esok hari.


4. Selesaikan semua pada waktu pagi.

Waktu pagi adalah paling segar dan ceria. Sesiapa yang memulakan kerja pada awal pagi lebih murah rezekinya. Di samping itu, kita lazim menangguhkan sesuatu kerja yang kita terasa kurang minat dan menjengkelkan.
                Lalu, hal ini terus menjadi tertangguh. Tekanan dan bebanan terus bertambah dan akhirnya kita gagal menyelesaikannya. 


                Hal ini, berilah keutamaan melakukan apa jua kerja yang berat pada awal-awal pagi. Semakin senang sesuatu tugasan itu, semakin boleh dilewatkan ke petang.
                Ini bersesuaian dengan kemampuan kita setiap hari yang biasanya semakin kurang tenaga dan kemampuan fokus apabila menjelang petang dan malam.


5. Pakaian yang kemas.

Ramai antara kita tidak sedar bahawa pakaian mempengaruhi sikap kita terhadap kerja. Jika kita sedang memakai seluar santai dan memakai sandal, kita tidak akan terasa berada dalam situasi kerja. Berpakaian kemas dan lengkap, menjadikan kita teruja dan perasaan yakin dan produktif. 

                Ini mendorong kita melakukan sesuatu secara cepat dan pantas. Berpakaian kemas, membentuk sikap berjaya dan cemerlang. Walaupun ketika anda bersukan. Cubalah berpakaian lengkap sebagai ahli sukan. Begitu jugalah jika anda bersolat jemaah di surau atau di masjid. Tampilkan diri anda yang kemas dan selesa dipandang.


6. Sentiasa mengawasi waktu.

Bermula daripada keupayaan anda melakukan tugasan mengikut senarai perkara yang perlu anda lakukan di atas pada setiap pagi, menjadikan hidup anda lebih berkeyakinan dan bermotivasi. 

                Ini akan membentuk tabiat kehidupan baru bagi anda. Anda akan berubah daripada seorang merasa diri pemalas, kepada seorang yang rajin dan gigih. Tanpa sedar, terbentuk rasa diri yang merasa rugi jika tidak menepati waktu dan membiarkan waktu berlalu tanpa dimanfaatkan.


7. Sentiasa bersama-sama buku catatan

Menyimpan buku catatan di sisi anda amat mendatangkan manfaat. Paling utama, jika ada idea-idea yang terlintas difikiran sewaktu kita sedang berehat, berjalan-jalan, di dalam bas atau di dalam kereta api, kita perlu catat lintasan idea itu segera.

                Terutama, yang berkaitan dengan pelajaran kita. Apatah lagi, jika berkesempatan bersembang-sembang dengan rakan-rakan mengenai pelajaran. Catatlah maklumat dan idea tersebut segera.


8. Belajar secara berkumpulan.

Berdampinglah dengan rakan-rakan anda dan libatkan diri dengan belajar secara berkumpulan. Di sini, anda berpeluang saling member motivasi dan dorongan antara satu sama lain.
Juga, apa jua yang tidak faham dapat dibincangkan dan diselesaikan bersama. Masa anda menjadi lebih jimat dan anda akan belajar secara lebih seronok dan menggembirakan.
Semoga segala panduan di atas dapat menolong dan member manfaat kepada anda. Kepada Allah kita berserah.

>>10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
Subscribe to: Posts ( Atom )

PENULIS BLOG

Kijang hitam atau Fizzi Zain merupakan seorang freelancer dalam pelbagai bidang. Blog ini merupakan salah satu pentas untuk beliau berkongsi segala pengalaman beliau. Nice to meet you! Estetika untuk semua.








Chat Software

Throw Back!

  • ►  2015 (7)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  February (1)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (48)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (7)
      • 1000 Visitor..!!
      • Suasana ketika Hari Raya Aidiladha di Pusat Komers...
      • Tips Nak Rambut Cepat Panjang
      • Selamat Menyambut Hari Adiladha..!
      • Selamat Berkenalan..! :D
      • Teknik-teknik Bersolek
      • 8 Tips Mengatasi Malas
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (38)
  • ►  2011 (1)
    • ►  December (1)

HEBAHAN TERKINI

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!
  • Anti Kelantan Lagi
  • 60 tips cari Jodoh

Instagram



Menarik Untuk Semua

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Cara-cara Membina Motivasi Diri
  • 70 Mutiara Kata Cinta
  • Chopstik-chopstik Yang Kreatif..!!

Tutorial Untuk Semua

  • 7 Tips Beraya Ke Rumah kekasih
  • Tip-tips cemerlang untuk belajar sambil bekerja
  • Tips Keselamatan Ketika Berada Di Luar Negara
  • Cara memilih kamera digital dengan betul
  • Tips Tidur Lena
  • 4 Cara Mudah Untuk Awet Muda
  • 25 tips menguruskan berat badan
  • 50 Cara Memikat Lelaki
  • Petua Elak Mengantuk Ketika Memandu
  • Cara-cara Memegang Chopstik
  • 60 tips cari Jodoh
  • 15 Cara Unik Mengikat Tali Kasut
  • Petua Menjadi Ibubapa yang Cemerlang
  • 5 cara meramal cuaca
  • Panduan mengikut isteri pergi shopping
  • Tips Membeli Telifon Bimbit
  • 10 tips Menjadi suami soleh
  • Cara melipat baju dengan cepat
  • Tips Elak Trauma Kecewa
  • Tips memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang
  • Tips Memujuk Kekasih Wanita
  • 8 Tips Mengatasi Malas
  • Teknik-teknik Bersolek
  • Tips Nak Rambut Cepat Panjang
  • 14 Tips Menjaga Hati Sahabat
  • 8 tips Menolak Cinta Sahabat Baik
  • 8 Alasan Menolak Cinta Best Friend..!

Rahsia Untuk Semua

  • Rahsia Tahi Lalat
  • Rahsia Lelaki Mengikut Zodiak
  • Rahsia Cara Berjalan Wanita
  • Rahsia Kentut
  • Rahsia Bibir Wanita
  • Rahsia Tapak Tangan
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak
  • Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air
  • Rahsia Perempuan.. Lelaki Wajib baca..!!
  • 5 RAHSIA MENGENALI WANITA YANG MASIH DARA
  • Rahsia Tarikh Kelahiran Dengan Pasangan Ideal
  • Rahsia Huruf Pada Nama
  • Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
  • 10 Rahsia Lelaki
  • Rahsia Disebalik Tingkah Laku Seseorang Ketika Bercakap

Dakwah Untuk Semua

  • Manusia Diberi Pilihan Untuk Mengubah Nasib Mereka
  • Kisah Anak Kecil dengan Hasan al-Basri
  • Tanda-Tanda Kiamat
Copyright Reserved by Fizzi Zain's Faith. Powered by Blogger.

Posting Terbaharu

  • 10 Faktor mengapa pelajar malas belajar
  • Rahsia Perempuan Mengikut Zodiak

Penaja Rasmi FZF

Copyright 2014 Fizzi Zain's Faith.
Designed by OddThemes